• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1 Bilion Untuk Dana Pembangunan Halal

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selaku peneraju industri halal dunia, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan menerusi Dana Pembangunan Halal yang bertujuan menjadikan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itu dapat dimanfaatkan oleh usahawan bumiputera yang juga berperanan sebagai penggerak utama industri.

Menurut kandungan Manifesto bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bertemakan Bersama BN, Hebatkan Negaraku, Najib berkata BN akan meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 dalam memastikan bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara.

Berikut adalah kandungan Manifesto PRU14 yang dilancarkan malam ini:

Menjihadkan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion melalui Dana Pembangunan Halal.

Memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia yang bumiputera menjadi penggerak utama industri.

Mengintegrasi data usahawa bumiputera yang menerima inisiatif kerajaan berdasarkan platform teraju Xchange.

Membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana kaum Cina dengan memantapkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).

Memperkasakan sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada ekonomi negara melalui transformasi digital.

Menyediakan insentif cukai dan dana pembangunan khas bagi mengalakkan jenama usahawan kecil.

Menangani kemiskinan bandar melalui pembangunan pusat niaga usahawan kecil, pusat niaga trak makanan dan pertanian bandar.

Memperkenalkan portal Orang-E sebagai sebuah platform untuk rakyat Malaysia.

Mempertingkat produktiviti usahawan, pereka baru dan syarikat permulaan dengan penubuhan pelbagai agensi fasilitasi seperti PlatCOM.

Merealisasi potensi sebenar industri kreatif sebagai sumber baharu pendapatan negara dengan memperluaskan platform dan dana kepada penggiat industri.

Mendorong perniagaan berasaskan trak makanan dengan mewujudkan kawasan khas dan program untuk modifikasi kenderaan.

Menambah jumlah kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berkonsepkan harga yang rendah.

Menyediakan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran (SPMUV) bagi membantu pesara tentera memulakan perniagaan.

Melaksanakan Skim Anuiti Veteran bagi membantu anggota tentera bukan dalam skim pencen dapat menerima bayaran bulanan apabila bersara kelak.

Membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan membantu usahawan kecil.

Menaik taraf tiga Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Membina 20 pasar ikan di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: HalalManifesto BN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelbagai Manfaat Untuk Peneroka Felda

Next Post

BN Terus Memacu Rakyat Ke Arah Kemajuan

Related Posts

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

08/11/2022
0

SEREMBAN - Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha...

Next Post

BN Terus Memacu Rakyat Ke Arah Kemajuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd