• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risda Cuba Yakin Kerajaan Tanam Ketum Perubatan

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan meneruskan lagi usaha bagi meyakinkan kerajaan untuk membenarkan pekebun-pekebun kecil di negara ini menjalankan usaha penanaman ketum.

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini berkata penanaman ketum ini boleh meningkatkan lagi pendapatan pekebun-pekebun kecil ekoran nilai perubatannya yang tinggi yang diiktiraf pakar-pakar luar dari India dan Amerika Syarikat.

“Kita sudah mengemukakan permohonan kepada Pusat Racun Negara. Mereka akan proses (permohonan ini) dan Insya-Allah mereka akan dapat meluluskannya,” katanya selepas program penyampaian sumbangan kepada pekebun-pekebun kecil dan pemandu teksi Langkawi hari ini.

Di bawah permohonan ini, beliau berkata pekebun-pekebun kecil yang terlibat perlu dilesenkan sebelum boleh menjalankan penanaman ketum ini dan pengawalan akan diterajui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi membendung sebarang penyalahgunaan hasil tanaman itu.

“Agenda kita (Risda) adalah untuk menuai daun dan dijual untuk penyelidikan perubatan, bukannya untuk dijadikan air ketum atau penyalahgunaan lain. Jangan salah faham,” katanya. – BERNAMA

Tags: ketumRisda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd