• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rezeki Intan Makin Murah, Puteri Sarah Pula Bantu

oleh
17/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMAKIN hari rezeki bekas madu pelakon Izreen Azminda Aznam iaitu Intan Liyana Salleh nampaknya semakin mencurah-curah.

Difahamkan Intan telah menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang bersimpati dengan apa yang berlaku kepada wanita itu.

Terbaharu, isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah juga ‘terpanggil’ untuk membantu bekas isteri pertama kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude itu.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin

Sarah menerusi entri dalam laman sosial Instagram memberitahu dia ada meluahkan rasa simpati dan sedih atas apa yang menimpa Intan pada suaminya.

Sehubungan itu, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah menawarkan Intan menjadi model video klip untuk produk terbaharunya.

“Pertama kali jumpa Intan Saleh pemalu orangnya. Intan pun segan-segan dengan Sarah tapi Sarah kata jangan segan.

“I nampak saja garang. Masa mula-mula tahu pasal Intan, Sarah beritahu suami; ‘Sayang kesian Intan. I nak shoot video klip.

“I nak panggil Intan. I nak tolong dia, siapa lagi nak faham kalau bukan kaum wanita sendiri,” kata Sarah menerusi entri berkenaan pada Isnin.


Katanya lagi, Sarah melihat Intan sama seperti dirinya yang mengutamakan dan sering membawa anak ke mana-mana sahaja.

Malah, Sarah turut meluahkan rasa simpati yang tidak terhingga terhadap anak bongsu Intan iaitu Ariq yang kerap menangis selepas kes cerai itu.

“Intan pun macam Sarah sentiasa bawa anak ke mana-mana sahaja. Kesian tengok Ariq melekat dengan bonda die selepas itu kejap-kejap menangis sejak kes tu terjadi. Syaikhul nak kawan tapi abang tidak pandai berkawan lagi,” tambah Sarah.

Intan Liyana Salleh

Tidak terhenti di situ, Sarah juga sempat menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat Intan agar terus tabah meniti hari-hari yang mendatang.

Untuk rekod, sebelum ini Intan telah ditawarkan menjadi wajah bagi jenama tudung milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang berkonsepkan Wanita Melayu Terakhir. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: intan liyanaPuteri SarahSyamsul Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

18/04/2023
0

Kuala Lumpur : Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pendamai (JKP) sudah...

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

10/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd