• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Replika Wau Bulan, Bot Nelayan Meriahkan PRU14

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pelbagai cara kreatif digunakan bagi menarik sokongan kepada calon dan parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei nanti.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan Parlimen di negeri ini termasuk Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu mendapati antara hasil kreativiti yang menarik perhatian ialah binaan replika yang berunsur seni budaya masyarakat negeri ini seperti wau bulan gergasi, bot nelayan selain replika berbentuk aset ketenteraan.

Seorang penyokong sebuah parti politik Mohd Zaki Noor Zawawi, 45, berkata pembinaan replika yang ada kaitan dengan perjuangan parti dan ikon pembangunan negara adalah bagi menarik perhatian pengundi menyokong calon yang bertanding.

“Kebiasaan replika yang dibina ialah jet pejuang, helikopter dan meriam selain wau bulan dicipta dengan menggunakan bahan terpakai seperti tayar, botol, kayu, buluh dan sebagainya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Haji Wan Omar, Semerak, Pasir Puteh hari ini.

Mohd Zaki berkata usaha menyiapkan sebuah replika itu mengambil masa dua hingga tiga hari serta bergantung pada saiz.

“Kami bergotong-royong menyiapkan sesebuah replika itu sebelum ia dibalut dengan bendera parti dan dipamerkan di tempat yang sesuai yang mudah dilihat oleh orang ramai,” katanya.

Noor Suhairi Abdullah, 45, berkata wau bulan amat rapat dengan permainan masyarakat Kelantan oleh itu parti-parti yang bertanding tidak ketinggalan untuk membuat replika wau gergasi sebagai menarik sokongan kepada calon dan parti bertanding.

Katanya, replika itu dibina menggunakan buluh, kayu dan besi sebelum dihias dan dibalut dengan bendera parti.

Hanafi Yusoff, 52, pula berkata bagi kawasan petempatan nelayan, replika berbentuk bot nelayan yang dihiasi dengan bendera parti menjadi pilihan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon PRU14 pada Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: Replika Wau Bulan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd