• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rancang Bom Pesta Arak: 2 Buruh Dipenjara 14 Tahun

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pekerja buruh masing-masing dihukum penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pelbagai pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Daesh termasuk merancang untuk mengebom pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’.

Hakim Datuk Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Mahadi Ibrahim, 35, dan Ahmad Azmi Ahmad Rosli, 26, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka secara berasingan.

Dalam penghakimannya, Sofian berkata kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh adalah serius terutamanya merancang mengebom pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’.

“Mengikut fakta kes, sekiranya kamu berdua tidak ditangkap dan pada masa sama pesta itu berlangsung nescaya satu kejadian buruk boleh berlaku yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian kepada peserta.

“Dalam kes ini, faktor kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi kedua-dua tertuduh. Mahkamah berpendapat, sekiranya kedua-dua tertuduh tidak ditangkap dan jika polis tidak membatalkan pesta arak itu, saya percaya bom itu telah diledakkan ketika pesta berkenaan,” kata hakim itu.

Mahadi dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lima tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala Ahmad Azmi dijatuhi hukuman sama bagi kedua-dua pertuduhan dan penjara tiga tahun bagi pertuduhan ketiga.

Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman berjalan secara serentak bermula tarikh mereka ditangkap iaitu pada 10 Oktober 2017.

Mengikut pertuduhan pertama, Mahadi yang merupakan duda empat anak dan Ahmad Azmi yang merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik didakwa menerima latihan melalui kumpulan perbualan WhatsApp “The Rise Of Jundullah” dalam membuat bahan letupan daripada seorang individu bernama Muhamad Hafizi Mat Jusoh serta bersedia melibatkan diri dalam perbuatan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kota Bharu, Kelantan antara 9.07 malam hingga 10.28 malam pada 23 September 2017 mengikut Subseksyen 130FA (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 130FA kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mereka juga didakwa telah hadir di sebuah kawasan tanah lapang yang diketahui terdapat satu latihan yang sedang diberikan bagi satu perbuatan pengganas, di bangunan tapak semaian benih padi, Gong Kulim, Pasir Putih, Kelantan antara 3.30 petang hingga 4 petang pada 10 Oktober 2017.

Kedua-dua lelaki itu didakwa di bawah perenggan 130FB (1) (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum Subseksyen 130FB (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ahmad Azmi turut dituduh atas satu lagi pertuduhan memiliki 20 keping gambar, tiga video dan 16 naskah dokumen dalam bentuk PDF dalam telefon bimbitnya yang merupakan item berkaitan Daesh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran K&K Lot 2689, Jalan Tok Janggut Kampung Kelubi, Pasir Putih, Kelantan pukul 4.30 petang pada 10 Oktober 2018 yang didakwa di bawah perenggan 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 130JB (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.

Terdahulu, kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara ringan dengan alasan mereka telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setimpal mengambil kira kepentingan awam kerana kes-kes berkaitan Daesh adalah ancaman bersifat global.

Mengikut fakta kes, sepasukan polis dari Bukit Aman telah menahan kedua-dua tertuduh di Restoran K&K, di Kelantan dan hasil sisatan dalam telefon bimbit kedua-dua tertuduh terdapat perbualan untuk meletupkan pesta arak “Better Beer Festival 2017”. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd