• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Penjawat Awam Berasal Dari Kelantan

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ramai daripada penjawat awam termasuk pegawai-pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Awam berasal dari Kelantan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

“Masa pengambilan, kita tak letak kriteria dia (penjawat awam) itu mesti berasal dari negeri mana. Tapi secara kebetulan sekarang ini 12.6 peratus atau hampir 156,000 adalah penjawat awam berasal dari Kelantan.

“Dari segi pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam, ketua setiausaha dan juga ketua pengarah, 17 peratus adalah berasal dari Kelantan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Pemangku Raja Kelantan, Dr. Muhammad Faiz Petra berkenan merasmikan majlis itu. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sr Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Beliau berkata selain Kelantan, Perak juga melahirkan ramai pegawai kanan Persekutuan dan kedua-dua negeri mendominasi carta pegawai kanan ketika ini.

Sementara itu, dalam ucapannya Ali berkata oleh kerana ‘orang Kelantan ada di mana-mana’, Kelantan tidak dilupakan malah menjadi negeri penting dalam arus pembangunan negara serta perancangan pembangunan kerajaan Persekutuan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009.

“Ini dapat dilihat menerusi pelbagai projek kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan di negeri Kelantan. Untuk tempoh 2013 hingga 2017, sebanyak 447 projek yang bernilai RM2.65 bilion telah dilaksanakan di negeri ini.

“Sebagai contoh, sebanyak 7,914 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia telah diluluskan di Kelantan, manakala 2,662 unit dalam pembinaan dan 5,197 unit pada pelbagai peringkat kelulusan untuk pembinaan.

“Di Bachok (sahaja), 55 unit rumah PPA1M telah berjaya disiapkan. Rumah PPA1M dijual pada harga murah daripada pasaran iaitu antara RM150,000 hingga RM300,000 satu unit. Ini kerana sebahagian kos pembinaan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan UTC telah diwujudkan di Kelantan dengan RTC Kota Bharu merupakan yang paling berjaya daripada 11 buah RTC seluruh negara.

Selain itu, beliau berkata projek kerajaan Persekutuan yang lain termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 600 kilometer yang menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dan dijangka siap pada 2024. – BERNAMA

Tags: Jabatan Perkhidmatan Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Enggan Divaksin

22/10/2021
0

LABUAN - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menyeru kepada semua penjawat awam agar patuh kepada pekeliling dikeluarkan...

Penjawat Awam Wajib Ambil Vaksin Sebelum 1 November

30/09/2021
0

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi Covid-19 sebelum 1 November...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd