• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Pilih Calon Secara Rasional – MB Perlis

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mahu rakyat berfikir secara rasional dalam memilih calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini dengan mengutamakan calon Barisan Nasional (BN) yang sentiasa turun padang bagi menangani masalah rakyat.

Beliau berkata jangan memilih calon pembangkang yang disifatkannya hanya muncul menjelang pilihan raya umum seperti tupai dan kelawar yang berkunjung apabila musim buah tiba untuk memungut buah sebagai hidangan.

“Barisan Nasional konsisten dalam segala hal khususnya usaha menangani keluhan rakyat melalui program-program turun padang dan sebagainya. Memang tidak semuanya sempurna, tetapi untuk membandingkan dengan pembangkang, kita (BN) jauh lebih bertanggungjawab melalui usaha berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 2,700 orang warga emas, orang kurang upaya, miskin dan ibu tunggal yang masing-masing menerima RM150 bersempena Ramadan 2018 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di Masjid Behor Empiang di sini, hari ini.

Azlan yang merupakan calon BN di kawasan DUN Bintong berkata program bantuan tersebut sentiasa dilaksanakan oleh kerajaan BN.

“Justeru, rakyat boleh nilai sendiri dan membandingkan komitmen kerajaan BN dengan calon parti pembangkang yang berpindah kerusi selepas satu penggal. Bolehkah bergantung harap pada calon seperti ini (pindah). Jadi, buatlah keputusan secara rasional untuk memilih parti yang akan memerintah pada 9 Mei ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd