• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Pedalaman Sabah Tersinggung Dituduh Malas

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Tuduhan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa rakyat Sabah adalah golongan malas mengecewakan rata-rata pemimpin kaum Dusun di kawasan pedalaman Sabah.

“Beliau (Dr Mahathir) telah mengguris perasaan rakyat Sabah…kami benar-benar tidak dapat menerimanya.

“Kami mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Sabah,” gesa Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno di sini hari ini.

Sairin yang merupakan antara pemimpin terawal mengasaskan parti UMNO di Sabah berkata, Dr Mahathir seharusnya sedar bahawa rakyat Sabah di kawasan pedalaman tidak mendapat banyak pembangunan selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Setiausaha Agung Persatuan Dusun Peribumi Sabah Rosanna Edeza pula berkata jika Dr Mahathir benar-benar mengakui bahawa rakyat Sabah golongan malas, puncanya adalah beliau sendiri yang telah mengabaikan rakyat Sabah sepanjang tempoh beliau memerintah.

“Anda (Dr Mahathir) telah melalaikan kami dengan falsafah-falsafah yang mengasyikkan…anda telah memberikan kami ikan secara paksa tanpa memberikan kami pancing selama berkuasa 22 tahun,” katanya.

Seorang lagi pemimpin kaum Dusun, Rahman Maidin dari Tambunan berkata, rakyat Sabah tidak mendapat pembangunan yang seimbang sepanjang tempoh Dr Mahathir memerintah, sebaliknya mencipta keterusan politik dengan tidak melakukan apa-apa mengenai kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

“Dr Mahathir lebih fokus untuk keterusan politik berbanding memikirkan sesuatu yang boleh menjadikan rakyat Sabah rajin,” katanya.

Menurutnya, jika beginilah sikap bekas perdana menteri itu, Dr Mahathir sama sekali tidak layak memimpin negara ini, apatah lagi menjadi Perdana Menteri.

Rahman mengajak rakyat supaya bersatu menolak pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang perlakuan pemimpinnya disifatkannya boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini.

Ketua Wanita UMNO Keningau yang merupakan seorang pemimpin Dusun di Tambunan, Amelia Ajun turut menyelar kenyataan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai bercanggah dengan statusnya sebagai seorang negarawan.

“Pandangannya membuktikan sepanjang tempoh beliau memerintah, tidak pernah mengenali rakyat Sabah,” tambahnya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd