• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakan-Rakan Berjaya, Ayie Akui Rasa Tercabar

oleh Haris
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN mudah bagi selebriti yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang tertinggi untuk mengimbangi antara pelajaran dan kerjaya.

Perkara itu yang sedang dilalui oleh penyanyi kumpulan meningkat naik, Floor 88, Ayie Elham yang sedang dalam pengajian bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Bagaimanapun jelas Ayie, dia rasa tercabar dengan dua lagi rakan artis, Mei Fen dan Zera Hariz yang berupaya mendapatkan Anugerah Dekan walaupun mengalami situasi sama sepertinya mempunyai karier dalam bidang seni, baru-baru ini.

Biarpun mereka sibuk dengan karier masing-masing, kedua selebriti itu tidak mengabaikan pelajaran, malah beberapa kali terpilih sebagai pelajar terbaik fakulti.

Ayie berkata, dia kini menjadikan kedua rakannya itu sebagai inspirasi buatnya mengikut jejak langkah mereka yang mampu mengimbangi pelajaran dan kerjaya dengan baik.

“Memang saya rasa tercabar dengan mereka kerana berjaya membahagikan masa dengan sebaiknya antara kerjaya dan pelajaran.

“Walaupun sibuk dengan penggambaran dan pelbagai aktiviti seni lain, mereka tidak abaikan pelajaran malah tampil dengan keputusan yang cemerlang setiap semester.

“Jadi saya juga mahu melakukan perkara yang sama. Walaupun sibuk dengan jadual persembahan bersama Floor 88, saya cuba pastikan untuk tidak ponteng kelas dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran,” katanya memetik akhbar Sinar Harian.

Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah kini sedang sibuk mengecap popularity bersama rakan kumpulan Floor 88 yang terdiri daripada Zai Hamzah (gitar utama), Amir (Gitar kedua), Akram (drum), Eric Fauzi (Keyboard) dan Falique (Bass).

Kumpulan tersebut mula dikenali orang ramai apabila melalui lagu Zalikha dan kini mempertaruhkan single terbaharu mereka berjudul Aqilah yang kini sudah mula dimainkan di corong radio dan boleh didengar di semua platform digital.

Dalam pada itu, Ayie memberitahu bahawa dia bakal muncul dalam sebuah pementasan teater muzikal, The Venom yang bakal menemui penonton pada 28-30 Jun ini.

Ayie juga tidak menafikan bahawa perkara itu sebenarnya boleh mengganggu fokusnya dalam pelajaran, namun, dia berkata akan berusaha untuk mengimbangi masanya sengan baik.

“Kalau tengok jadual harian, memang sibuk sangat pelbagai aktiviti bersama Floor 88, tetapi sebagai pelajar saya perlu bijak membahagikan masa.

“Saya meminta kelonggaran untuk hanya terlibat dengan persembahan yang berlangsung pada hujung minggu sahaja, sementara pada hari-hari biasa saya mahu memberikan tumpuan kepada kelas.

“Alhamdulillah rakan-rakan semua faham situasi saya, malah mereka juga sentiasa memberikan sokongan agar saya berjaya dalam pelajaran,” ujar Ayie. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: ayie elhamFloor 88
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Floor 88 Bukan Jenis Kaki Perempuan

09/03/2018
0

SELEPAS single sulung mereka, Zalikha berjaya mendapat tempat di hati pendengar, kumpulan Floor 88 tampil dengan single terbaharu mereka yang...

Ayie Floor 88 Diekori Orang Tidak Dikenali

01/03/2018
0

TAHUN lalu kumpulan Floor 88 mula menjadi tumpuan masyarakat selepas single sulung mereka berjudul Zalikha menjadi siulan ramai. Tidak hairanlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd