• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Bomoh Mahu Tanding Kerusi Bagan Datuk

oleh AK-47
17/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin mahu bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ibrahim, 68, mengumumkan hasratnya bertanding merebut kerusi itu, yang disandang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam sidang media di sini, hari ini.

Pengasas dan Presiden Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia (PSSGGM) itu berkata beliau membuat keputusan memilih kerusi Parlimen berkenaan kerana mempunyai kenalan ramai di sana terutamanya anak-anak murid silatnya yang meminta beliau bertanding.

“Keputusan bertanding di kerusi ini juga dibuat setelah saya menerima banyak rungutan dari rakyat di sana mengenai kos sara hidup yang tinggi. Insya-Allah, jika diberi peluang saya boleh membantu mereka,” katanya.

Beliau turut berjanji menyerahkan kesemua gaji bulanannya sebagai Anggota Parlimen bagi membantu penduduk di Bagan Datuk sekiranya memenangi kerusi itu pada PRU14 nanti.

Pada PRU13, Ahmad Zahid menang kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi.

Sebelum ini, Ibrahim pernah beberapa kali mengejutkan orang ramai dengan ritual bersama-sama para pengikutnya seperti membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di beberapa lokasi bagi beberapa tujuan termasuk ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Pada 25 April tahun lalu, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Sementara itu, pada majlis yang sama, seorang lagi calon bebas, Leman Kanaullah, 55, yang merupakan Timbalan Presiden PSSGGM turut mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei, penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei pengundian awal.

Pada PRU13, Barisan Nasional menang 31 daripada 59 kerusi DUN Perak, DAP 18 kerusi manakala PKR dan PAS masing-masing lima kerusi.

Setakat ini, PKR akan bertanding di lima kerusi Parlimen dan 14 DUN manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak bakal bertanding di empat kerusi Parlimen dan 12 DUN pada PRU14. – BERNAMA

Tags: Raja Bomoh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU14: Warga Emas 91 Tahun Semangat Mengundi

Next Post

Bekas ADUN Mahu Bertanding Sebagai Calon Bebas

Related Posts

Sebutan Kes ‘Raja Bomoh’ Ditangguh 2 Bulan

23/02/2022
0

IPOH : Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, membenarkan sebutan kes lelaki digelar 'Raja Bomoh' atau nama sebenar Ibrahim...

Raja Bomoh Akan Didakwa Di Mahkamah Syariah Hari Ini

07/01/2022
0

IPOH - Individu bergelar Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini pada Jumaat. Tuduhan ke atas...

Next Post

Bekas ADUN Mahu Bertanding Sebagai Calon Bebas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd