• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PUNB Nafi Tuduhan Disebar Dalam E-mel Layang

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Azhar Ahmad hari ini menafikan e-mel fitnah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh beliau tidak menjalankan tugas dengan amanah dan tidak membantu orang Melayu menjalankan perniagaan.

Menurutnya, e-mel itu turut memfitnah beliau melambatkan permohonan pembiayaan usahawan sehingga menyebabkan gulung tikar kerana ketiadaan bantuan pembiayaan.

Dalam satu kenyataan menafikan fitnah berkenaan, Azhar berkata tiada apa yang dilemparkan dalam e-mel tersebut adalah benar atau berasas.

“Ini (fitnah) adalah tindakan untuk menjatuhkan kredibiliti saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan menjatuhkan imej syarikat secara amnya,” katanya, sambil menambah satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.

Pada 17 April, satu e-mel layang menggunakan nama samaran dihantar kepada barisan kepimpinan negara, pegawai kerajaan, Bank Negara Malaysia, pengarah-pengarah PUNB dan beberapa kakitangan PUNB, yang mengandungi beberapa tuduhan terhadap Azhar. – BERNAMA

Tags: Datuk Azhar AhmadPUNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PUNB Serah Zakat Perniagaan RM100,000 Kepada MAIPS

21/09/2018
0

KANGAR - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat...

PUNB Sedia RM1 Juta Untuk 100 Usahawan Muda

11/10/2017
0

MELAKA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan RM1 juta untuk mewujudkan 100 usahawan muda di institut pengajian tinggi (IPT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd