Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Peguam Mesir Saman Sergio...

EKORAN kecederaan yang menimpa bintang bola sepak Mesir, Mohamed Salah, seorang peguam dari...

Video Klip Hina Islam:...

PENYANYI rap kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan Polis sebaik...

Kerajaan Tanggung Bil Lampu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan akan membayar bil lampu jalan Felda, Felcra dan...

Model Vegan Tarik Diri,...

GARA-GARA berpegang teguh kepada prinsip hanya makan makanan berasaskan sayur-sayuran, seorang model dari...

PUNB Sedia RM1 Juta Untuk 100 Usahawan Muda

MELAKA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan RM1 juta untuk mewujudkan 100 usahawan muda di institut pengajian tinggi (IPT) melalui program ‘Budding PUMA’ tahun ini, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, program keusahawanan yang menyasarkan penuntut sepenuh masa berumur kurang 30 tahun itu telah menerima lapan permohonan setakat ini, dan dua daripadanya telah diluluskan.

“Justeru itu, saya menyeru supaya generasi muda mengambil peluang memohon ‘Budding Puma’ dan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung skim ini menerusi laman web punb.com.my, (selain) bagi memuat turun borang,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Usahawan Muda Bumiputera di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Simposium itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Datuk Azhar Ahmad, anggota Lembaga Pengarah PUNB Datuk Jamelah A. Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman.

Mohd Ali berkata, program keusahawanan tersebut menawarkan pembiayaan Islam daripada RM1,000 sehingga RM10,000 dengan mengenakan margin keuntungan secara tetap sebanyak dua peratus setahun, bagaimanapun penuntut semester akhir tidak layak memohon.

Beliau berkata, antara bidang perniagaan yang ditawarkan dalam program itu termasuk penjagaan kesihatan, perdagangan, perniagaan trak saji, fesyen dan gaya hidup, e-dagang, pendidikan, makanan dan minuman, dan seni kreatif.


PUNB turut menjalin kerjasama dengan SME Bank dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bagi merancakkan lagi usaha pembangunan usahawan muda menerusi skim berkenaan, katanya.

“Saya berharap kerjasama itu akan berjalan secara produktif dalam membantu membangunkan usahawan muda secara aktif dan tersusun.

“Secara tidak langsung, pihak kolej dan universiti boleh menggunakan kepakaran PUNB sebagai sumber rujukan mereka mengenai perkara berkaitan keusahawanan dan perniagaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori