• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: MCA P.Pinang Yakin Raih Keputusan Baik

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – MCA yakin mampu meraih keputusan yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini berdasarkan daripada respons dan sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi ketika calon-calon berkempen.

Pengerusi MCA Datuk Tan Teik Cheng berkata MCA telah menurunkan 10 calon muka baharu untuk PRU14 yang mana terdapat empat calon di bawah umur 40 tahun.

Menurutnya, calon-calon MCA telah berkempen dari rumah ke rumah, pasar awam dan pusat penjaja untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan persekutuan supaya rakyat lebih memahami.

“Kempen kami menerima sambutan yang agak baik berbanding 10 tahun lepas dan saya yakin kami akan mampu menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada PRU14, MCA bertanding 10 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Tan, 57, yang juga calon DUN Machang Bubuk berkata MCA telah dua penggal tidak memenangi sebarang kerusi dan perkara itu menyebabkan suara rakyat tidak dapat dibangkitkan dalam persidangan DUN.

“Kami sudah dua penggal tidak mempunyai wakil dalam DUN dan itu bukan satu perkara yang sihat kerana dalam DUN tidak mempunyai pembangkang untuk memantau dasar-dasar kerajaan negeri,” katanya.

Beliau meminta para pengundi di Pulau Pinang supaya memberi peluang kepada calon-calon BN khususnya MCA.

Katanya, MCA juga akan mengadakan tiga ceramah perdana di Butterworth, Bukit Mertajam dan George Town untuk menerangkan kisah sebenar yang berlaku di negeri ini yang dipimpin kerajaan negeri DAP.

Selain Tan yang bertanding di kerusi DUN Machang Bubuk, MCA turut bertanding di kerusi DUN Sungai Puyu, Bagan Jermal, Berapit, Padang Lalang, Air Putih, Pengkalan Kota, Komtar, Seri Delima dan Paya Terubong.

MCA juga bertanding empat kerusi Parlimen iaitu Bagan, Bukit Mertajam, Bukit Gelugor dan Bayan Baru. – BERNAMA

Tags: MCAPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd