Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

UMNO Jemput Semua Ahli...

KUALA LUMPUR - UMNO memanggil semua anggota Majlis Kerja Tertingginya (MKT) hadir mesyuarat...

SPR Nafi Dr. M...

DALAM satu kenyataan sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail...

50 Juta Akaun Pengguna...

FACEBOOK boleh dikenakan denda lebih £1.2 bilion (RM6.48 bilion) berikutan pelanggaran data yang...

UMNO Harus Fikir Kepentingan...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum mengambil tindakan meletak jawatan...

PRU14: DAP Tak Senaraikan Tan Seng Giaw

PETALING JAYA – Anggota Parlimen DAP kawasan Kepong selama lapan penggal, Dr. Tan Seng Giaw, tidak disenaraikan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Seng Giaw, 75, yang menjadi Anggota Parlimen Kepong sejak 1982, sebaliknya bakal digantikan Lim Lip Eng, yang sejak dua penggal lalu menjadi Anggota Parlimen Segambut.

Lip Eng pula digantikan Hannah Yeoh yang berpindah daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kawasan Subang Jaya, yang dimenanginya dalam dua PRU lepas.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa berucap pada taklimat khas pilihan raya kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, tiga lagi calon – Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Teresa Kok (Seputeh) akan mempertahankan kawasan Parlimen yang mereka menangi sebelum ini.


Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas, mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa Sabtu, bagi memberi laluan kepada PRU14.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan Mesyuarat Khas esok, bagi membincangkan urusan PRU14. – BERNAMA

Kategori