• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14 Corakkan Masa Depan Negara – Hishammuddin

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah proses demokrasi penting bagi mencorakkan hala tuju dan masa depan negara, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan kesinambungan pelaksanaan agenda pembangunan yang menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau berkata BN merupakan gabungan parti yang utuh dan terus dipercayai walalupun sering dilemparkan pelbagai tohmahan.

“Biarpun sering diserang dengan serangan tidak berasas namun, parti masih utuh…inilah kelebihan yang ada pada kita (BN).

“Berbeza dengan mereka (pembangkang), mereka akan lakukan apa sahaja asal matlamat tercapai selain sanggup kaburi mata rakyat untuk tujuan yang cetek,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 penyokong BN pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman yang dipilih sebagai calon BN Parlimen Kuala Krai pada PRU14 yang akan diadakan pada 9 Mei ini.

Bercakap dalam sidang media kemudian, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan percaya bahawa PRU14 merupakan peluang terbaik untuk BN kembali mentadbir Kelantan selepas 28 tahun.

“Terus terang, saya lihat semangat dan suasana di Kelantan berbeza dari masa dahulu. Ini masanya untuk BN capai kemenangan di Kelantan,” katanya.

Selain itu, Hishammuddin memuji sikap individu serta penyandang yang tidak dicalonkan yang meletakkan kepentingan parti melebihi segalanya.

BN Kelantan mempertaruhkan 30 calon muka baharu serta pemimpin veteran untuk PRU14 dalam usaha merampas semula negeri itu daripada cengkaman PAS.

Pada PRU13, PAS menang di Kelantan dengan memperoleh 32 kerusi Dewan Undangan Negeri disusuli BN (12) dan PKR (1). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd