• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: 11 DUN Dibubar, P.Pinang Bubar DUN Isnin

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Terengganu, Perak dan Selangor dibubarkan hari ini, menjadikan 11 DUN yang telah berbuat demikian bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pembubaran DUN Pulau Pinang berkuat kuasa esok dan ia tidak melibatkan Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2016.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat khas badan itu pagi esok di Putrajaya antara lain bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi PRU14 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa Sabtu dan meminta kerajaan negeri, kecuali Sarawak, turut membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan PRU14 dilakukan secara serentak.

Susulan itu, Sabah, Perlis, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Kedah membubarkan DUN masing-masing berkuat kuasa Sabtu (7 April).

Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembubaran DUN negeri itu telah diperkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin selepas beliau menghadap baginda di Istana Syarqiyyah pagi tadi.

DI KUALA KANGSAR, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mengisytiharkan pembubaran DUN ke-13 Perak berkuat kuasa hari ini, pada istiadat menzahirkan pengumuman pembubaran itu di Istana Iskandariah di sini.

Di SHAH ALAM, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pembubaran DUN Selangor berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda menandatangani watikah proklamasi pembubaran dalam satu istiadat ringkas di Istana Alam Shah di Klang, kira-kira 10.30 pagi tadi.

Di GEORGE TOWN, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau telah bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini bagi mendapatkan persetujuan pembubaran DUN.

Menurut Lim, Abdul Rahman telah memberi perkenan untuk membubarkan DUN berkuat kuasa esok. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR — Dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dibebaskan dari penjara minggu depan atau bulan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd