• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Podium Bagus, Cuma Perlu Ditambah Baik

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan dengan penambahbaikan, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.

Katanya program itu juga memerlukan masa untuk membuahkan hasil yang diinginkan.

“Program Podium ini baru sahaja berusia dua tahun… untuk lahirkan juara ambil masa yang lama, bukan dalam tempoh semalaman,” katanya yang ditemui selepas penyerahan obor bagi temasya Asia Pacific Masters Games (APMG), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tunku Imran yang merupakan duta APMG, berkata beliau percaya lebih ramai atlet muda yang mempamerkan prestasi tinggi serta berpotensi untuk meraih pingat dapat dilahirkan menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mengenai prestasi atlet di bawah program itu pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast, Australia yang baru berakhir, Tunku Imran berkata Institut Sukan Negara (ISN) selaku pengendali program akan menilai semula atlet terbabit.

“Mereka (ISN) akan melihat semula prestasi atlet terbabit dan tidak teragak-agak untuk menggugurkan atlet daripada program berkenaan,” katanya.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Wira Mazlan Ahmad sebelum ini dilapor menyarankan agar program tersebut diambil alih oleh MSN susulan prestasi tidak memberangsangkan atlet Program Podium pada temasya di Gold Coast.

Inisiatif Program Podium dilancarkan pada 2015 oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin susulan kegagalan kontinjen Malaysia mencatat keputusan yang baik pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan Sukan Asia di Incheon pada tahun sama. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Tekanan Untuk Umum Calon BN Di Melaka

Next Post

Penghapusan GST Boleh Bawa Risiko Ketara Ekonomi

Related Posts

Atlet Muda Perlu Diberi Lebih Banyak Peluang Bertanding

29/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan di negara ini yang sepatutnya memberi penekanan kepada pembangunan sukan masing-masing di peringkat akar umbi...

Tunku Imran Bertegas Mahu Berundur Sebagai Presiden MOM

15/11/2017
0

SHAH ALAM – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar akan tetap berpegang pada keputusannya untuk...

Next Post

Penghapusan GST Boleh Bawa Risiko Ketara Ekonomi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd