• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Imran Bertegas Mahu Berundur Sebagai Presiden MOM

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar akan tetap berpegang pada keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatannya itu yang telah dipegang hampir 20 tahun, apabila penggalnya tamat.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk beliau memberi laluan kepada orang lebih muda untuk menerajui MOM selepas berkhidmat untuk badan itu sejak sekian lama.

“Saya beritahu diri saya bahawa apabila saya mencapai umur 70 tahun pada tahun depan, saya akan bersara daripada MOM dan memberi peluang kepada calom lebih muda untuk menerajui MOM untuk menjadi organisasi yang lebih berdaya maju.

“Tahun depan merupakan tahun ke-20 saya menerajui MOM dan saya gembira dengan apa yang kami capai setakat ini dan saya akan menyerahkan kepada anggota gabungan MOM untuk memutuskan siapa yang akan menjadi Presiden MOM akan datang,” kata Tunku Imran yang juga pengerusi SportExcel.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima penajaan bernilai RM90,000 daripada Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran AmBank Syed Anuar Syed Ali untuk Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Kumpulan AmBank-SportExcel Ke-12, di sini, hari ini.

Semalam, Tunku Imran dipetik sebagai berkata MOM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada Jun 2018 untuk memilih barisan baharu pemegang jawatan bagi penggal 2018-2020.

Sementara itu, kejohanan golf tahunan itu akan diadakan di Glenmarie Golf and Country Club, di sini dari 4-7 Dis yang menyaksikan penyertaan 110 pemain golf remaja termasuk 60 pemain golf tempatan, mewakili sembilan negara.

Selain Malaysia, pemain adalah daripada Thailand, India, China, Taiwan, Korea Selatan, Australia, Filipina dan Indonesia.

Enam kategori dipertandingkan dalam kejohanan itu – Lelaki dan Perempuan A (15-18 tahun), Lelaki dan Perempuan B (13-14 tahun), dan Lelaki dan Perempuan C (10-12 tahun).

Pemain yang mencatatkan mata keseluruhan terbaik bagi blue tee (lelaki) dan white tee (perempuan) akan menerima penajaan selama setahun di Hills Golf Academy di Gold Coast, Australia pada tahun depan.

Di samping itu, empat pemain akan ditawarkan biasiswa selama sebulan di akademi golf terkemuka itu. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program Podium Bagus, Cuma Perlu Ditambah Baik

20/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan dengan penambahbaikan, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia...

Atlet Muda Perlu Diberi Lebih Banyak Peluang Bertanding

29/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan di negara ini yang sepatutnya memberi penekanan kepada pembangunan sukan masing-masing di peringkat akar umbi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd