• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Kebun Dapur Di Sekolah Berpotensi Kembang

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Program Kebun Dapur, yang melibatkan pembangunan ‘laman edibel’ sebagai modul praktikal untuk para pelajar mempelajari cara penanaman sayur-sayuran, herba dan buah-buahan, boleh dikembangkan ke lebih banyak sekolah melalui tajaan dan kerjasama swasta.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata walaupun menghadapi kekangan sumber tenaga manusia dan kewangan, pihaknya masih boleh menyumbang dari segi memberi khidmat nasihat teknikal.

“Kita telah menerbitkan buku pertanian bandar yang boleh digunakan di peringkat sekolah. Buku yang dijual ini, serta aplikasi (Mardi Teknovasi) percuma Mardi, boleh memberi panduan bagaimana hendak menjalankan pertanian bandar dan program seperti ini,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran laman edibel Program Kebun Dapur di Sekolah Kebangsaan (SK) Tropicana di sini hari ini.

Program Kebun Dapur yang pertama diadakan di SK Tropicana itu adalah dengan kerjasama Tesco Malaysia (Tesco). Ia melibatkan 400 pelajar Tahap Satu dan Dua.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Mohamad Roff bersama Paul Ritchie, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia.

SK Tropicana adalah antara 16 buah sekolah angkat Tesco yang bakal menjalani Program Kebun Dapur untuk 2018.

Melalui Program Kebun Dapur, laman edibel dibangunkan di sekolah-sekolah terpilih sebagai modul praktikal untuk para pelajar mempelajari mengenai penanaman sayur sayuran, herba dan buah-buahan, serta memahami usaha pengeluaran makanan dan menghargai makanan.

Bagi melengkapi modul tersebut, program turut melibatkan kesinambungan kempen ‘MySaveFood’, iaitu inisiatif Mardi di bawah naungan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, bagi meneruskan usaha mendidik masyarakat lebih menghargai sumber.

“Kempen MySaveFood kini bukan sahaja untuk mengurangkan orang membazir makanan tetapi melibatkan pengajaran menukar sisa kepada bahan bernilai, dan kita kembangkan kepada sayur-sayuran, herba dan buah-buahan,” kata Mohamad Roff.

Para pelajar turut didedahkan mengenai pengajaran ringkas untuk menghasilkan baja kompos daripada bahan buangan daripada dapur yang boleh diguna untuk menyuburkan tanaman di laman edibel yang dibangunkan.

Selain itu,pelajar turut diperkenalkan dengan amalan pemakanan sihat dan mengikut kalori melalui tips ‘suku-suku separuh’ daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Konsep ‘suku-suku separuh’ mendidik para pelajar untuk mengambil makanan yang mencukupi untuk dimakan selari dengan tips hanya ‘ambil yang perlu’ daripada kempen MYSaveFood.

Program Kebun Dapur turut mengketengahkan teknologi penghasilan madu kelulut daripada MARDI.

Melalui program ini, pelajar akan mempelajari mengenai jenis-jenis lebah kelulut dan peranan pentingnya sebagai agen pendebungaan serta hubung-kaitnya dalam ekosistem.

“Kita mula dengan sekolah-sekolah yang berdekatan dengan pejabat Mardi. Jika kita hendak pergi ke lokasi-lokasi yang lebih jauh…kita memerlukan kos tambahan,” kata beliau, sambil menambah, program CSR seumpama ini boleh dikembang agar lebih banyak sekolah berpeluang mengambil bahagian dengan tajaan dan kerjasama pihak swasta yang berminat.

Pihak swasta yang berminat untuk bekerjasama dengan Mardi dalam CSR Program Kebun Dapur boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam, Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti, Ibu Pejabat Mardi di Serdang, Selangor, atau menelefon 03-89537209 atau e-mel: [email protected]. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd