• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden PKR Ditentang 4 Calon Di Kerusi Pandan

oleh
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SENGIT… Tindakan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail ‘lari’ dari kerusinya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang ke Pandan di Selangor menyaksikan beliau dicabar empat calon.

Selain Barisan Nasional (BN) yang diwakili calonnya, Ketua MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee, kerusi itu turut menyaksikan saingan sengit lima penjuru membabitkan calon daripada empat parti politik dan seorang calon Bebas.

Lebih menarik, kerusi ditinggalkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli itu turut direbut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai dari DAP, Jenice Lee Ying Ha yang kini bertanding atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Turut bertanding di Parlimen Pandan ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mewakili parti tersebut dan calon Bebas tunggal yang agak kurang dikenali, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi tersebut, Hasrulnizam Shaari, berkata kelima-lima borang pencalonan itu diterima dengan masing-masing menghantar borang pencalonan mereka antara pukul 9.09 hingga jam 9.44 pagi.

“Saya berpuas hati tiada kertas pencalonan ditolak. Pengundian berlangsung pada 9 Mei ini dengan pengundian awal pada 5 Mei,” katanya di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pandan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Sementara itu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai pula menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Ben Liew Pok Boon (BN), Brian Lai Wai Chong (PKR), Mohd Imran Abdul Waha (PAS) serta Jenice sendiri.

Bagi kerusi DUN Pandan Indah, ia hanya ditandingi Datuk Mohd Haniff Roslan yang mewakili BN selain Izham Hashim dari PKR dan bekas exco kerajaan negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad (PAS).

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013 lalu, kerusi Pandan pernah dimenangi Rafizi dengan majoriti lebih 26,000 undi, mengatasi calon BN, Lim Chin Yee. Bagaimanapun, Rafizi tidak mempertahankan kerusinya itu.

Ia berikutan dihukum penjara 30 bulan kerana dedah maklumat peribadi empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation dan Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Rafizi RamliWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd