• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Digantung Sementara Dilanda Pelbagai Masalah

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang digantung sementara Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkuat kuasa hari ini kerana gagal mengemukakan maklumat dan dokumen yang diperlukan, dilanda pelbagai masalah sejak ditubuhkan tidak sampai dua tahun lepas.

PPBM, yang ditubuhkan berikutan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presiden UMNO, antara lain terpaksa memecat beberapa pemimpinnya kerana masalah disiplin, menyaksikan pergaduhan sesama anggotanya semasa mesyuarat dan berdepan dengan tindakan anggotanya membuat laporan kepada polis dan RoS.

Muhyiddin adalah presiden PPBM, manakala bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah pengerusi parti itu.

Antara pemimpin lain parti itu ialah bekas menteri besar Kedah dan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz (timbalan presiden); bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (naib-presiden) dan anggota Dewan Undangan Negeri Jorak (Johor), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (setiausaha agung).

PPBM menonjolkan dirinya sebagai parti alternatif bagi orang Melayu dan berjanji untuk melakukan perubahan.

Pada 20 Mac tahun lepas, PPBM menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan, yang sebelum itu dianggotai DAP, PKR dan PAN, sebagai komponennya.

PPBM bersama-sama parti komponen Pakatan Harapan lain telah membuat peruntukan kerusi sesama mereka dan malah menamakan Mahathir, 92, sebagai calon perdana menteri sekiranya pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, berikutan masalah yang melanda parti itu sejak penubuhannya pada 8 September 2016, beberapa anggota hilang keyakinan terhadap kepimpinan PPBM dan meninggalkan parti itu.

Mereka termasuk bekas naib presiden, Datuk Hamidah Osman; bekas setiausaha eksekutif, Kamarul Azman Habibur Rahman; bekas ketua sayap wanita Anina Saadudin dan penyokong tegar Mahathir sendiri, Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Semakin banyak anggota dilapor meninggalkan parti itu kebelakangan ini.

RoS mengeluarkan perintah penggantungan sementara hari ini berikutan kegagalan PPBM mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusatnya serta penyata kewangan setelah diarah berbuat demikian pada 28 Februari melalui satu notis mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.

Ketua pengarah RoS, Surayati Ibrahim hari ini berkata setelah mengeluarkan perintah bahawa PPBM mempunyai masa 30 hari untuk mengemukakan butiran itu, parti itu akan dibubarkan sekiranya ia gagal berbuat demikian.

Dalam masa 30 hari itu, PPBM dilarang daripada menggunakan nama dan simbolnya serta menjalankan aktiviti parti. – BERNAMA

Tags: Jabatan Pendaftaran PertubuhanPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd