• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Bakal Berkubur, RoS Perintah Bubar Sementara

oleh
05/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAIMANA dijangkakan pelbagai pihak, jangka hayat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal berakhir lebih awal akibat masalah dalaman parti pembangkang itu yang amat kucar-kacir!

Hari ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada PPBM yang sinonim digelar sebagai parti bunga dengan merujuk lambang bunga raya pada parti itu; dan berkuat kuasa hari ini.

Perintah berkenaan menurut Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim akan menyebabkan PPBM sekali lagi diberi peluang tambahan dengan tempoh selama 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan jabatan itu.

Langkah tersebut perlu dibuat menurut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 dan beliau turut menjelaskan bahawa pihak PPBM sendiri telah dimaklumkan mengenai perintah pembubaran sementara berkenaan pada tengah hari ini.

“Surat itu berkait dengan kegagalan menyerahkan sepenuhnya dokumen seperti diperintahkan di dalam tempoh masa 30 hari yang diberikan sebelum ini,” kata Surayati pada sidang akhbar di pejabat RoS di Putrajaya hari ini.

Namun ujarnya jika rayuan berikutnya ditolak pihak RoS, PPBM kemungkinan besar akan langsung dibatalkan pendaftaran, sekali gus bakal mencipta rekod sejarah tersendiri sebagai parti paling cepat ‘berkubur’ di Malaysia.

“RoS mendapati PPBM gagal menyerahkan dengan sepenuhnya segala butir maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) akta sama pada 28 Februari lalu,” terang beliau lagi.

Sementara itu, dalam masa yang sama, PPBM jelas Surayati tidak boleh sama sekali menggunakan nama dan logo parti tersebut dalam tempoh perintah serta tidak dibenarkan untuk melaksanakan segala aktiviti politik tanah air.

PPBM diluluskan penubuhannya oleh RoS pada 8 September 2016 setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO sebelum anaknya, Datuk Seri Mukhriz selain Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat parti lama.

Kemelut PPBM meletus selepas lebih 400 aduan dikemukakan ahlinya sendiri yang tidak berpuas hati termasuk isu persidangan agung tahunan pada akhir tahun lalu di Shah Alam, Selangor tanpa ada mesyuarat peringkat bawahan.

Ini menyaksikan lebih 1,000 ahli parti itu melancarkan demonstrasi aman di luar pejabat RoS pada 22 Februari lepas. Lucunya, Muhyiddin pada 16 Mac lalu mengakui PPBM tiada pun mesyuarat bahagian dan cawangannya.

Krisis dialami PPBM dijangka menyukarkan kelulusan RoS terhadap pendaftaran Pakatan Harapan disertai DAP, PKR dan PAN yang masih berstatus haram bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kelak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jabatan Pendaftaran PertubuhanPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd