• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Posing Rare’ Qalaqisya Tarik Perhatian, Pelik Tapi Cool!

oleh
08/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana menggunakan konsep lain berbanding kebanyakan butik pakaian biasa, butik baju kegemaran ramai, Calaqisya dikritik kononnya tiru gaya pemasaran daripada saingan mereka iaitu Anaabu.

Maka disebabkan tidak dapat menerima kelainan yang dibuat, ramailah ‘pakar fotografi’ yang mengkritik gaya posing berkenaan.

Namun jika dilihat, tiada langsung apa yang pelik sehingga ada segelintir masyarakat yang melabelkan mereka sebagai ketandusan idea demi meraih free marketing.

Bagaimanapun, kesemua andaian ‘makcik bawang’ itu salah sama sekali kerana tujuan model bergaya santai begitu ialah bersempena pembukaan kedai baharu mereka di pusat beli belah My Town Cheras hari ini.

Jika sebelum ini kita biasa melihat gaya model yang posing cliche seperti berdiri tegak, silang kaki dan hanya senyum, tapi butik Calaqisya tidak mahu meneruskan gaya seperti itu.

Mereka tampil dengan posing rare yang sering dilakukan oleh jenama lain di luar negara. Malah, menurut pengasas bersama Calaqisya iaitu Farah Azrina Khairuddin, apa yang mereka lakukan itu merupakan satu idea baharu.

Ini bagi menunjukkan betapa selesanya pakaian keluaran butik mereka sehingga boleh baring di atas jalan raya lagi tu!

“Kami tidak perlukan teknik pemasaran murahan untuk tular. Ini adalah koleksi pakaian selesa baharu kami.

“Gaya itu untuk menunjukkan ia adalah selesa biarpun ketika badan bongkok dan terbaring, tidak berpeluh dan tidak menunjukkan bentuk badan.

“Ia sudah biasa dalam fesyen. Tiada pelik-pelik pun,” tulis Farah Azrina dalam satu twit balasanya kepada beberapa netizen.

Dalam ada yang mengeji, ternyata Calaqisya masih mempunyai peminat mereka tersendiri dan tetap menyokong kelainan dilakukan oleh butik pakaian yang telah dikenali selama tujuh tahun ini.

Apa salahnya jika lakukan kelainan kan. Kalau asyik di takuk lama, sampai bila pun kita tidak akan maju ke hadapan dan lebih setapak daripada orang lain.

Dalam masa yang sama, pihak Calaqisya sentiasa mementingkan aurat model wanita mereka di dalam setiap koleksi fotografi yang dilakukan.

Bukan itu sahaja, pakaian yang dihasilkan oleh mereka juga tidak begitu ketat dan selesa digayakan tanpa perlu risau tentang aurat terdedah. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: ANAABUCALAQISYANetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU14: Pembubaran DUN Kedah Hari Ini – MB

Next Post

Wan Hashim Mulakan Kayuhan Solo Kali Ketujuh

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Wan Hashim Mulakan Kayuhan Solo Kali Ketujuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd