• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pondan Enggan Kerja Kerana Disuruh Potong Rambut

oleh
07/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DISKRIMINASI… Golongan pondan di Malaysia kini semakin dipinggir, terbaharu seorang lelaki lembut menolak tawaran kerja sebuah restoran mewah Jepun hanya kerana rambutnya panjang.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan sebuah portal berita tempatan, mak nyah yang hanya mahu dikenali sebagai Raz Bahari telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru ini.

Menurut lelaki berimej wanita itu, walaupun temuramah kerja tersebut berjalan lancar, segalanya berubah apabila beliau telah ditanya berkenaan kod pemakaian dan diminta untuk memotong rambutnya agar menjadi pendek.

“Temuramah itu berlangsung dengan baik, kecuali pada saat-saat akhir… saya ditanya bagaimana saya akan mengamalkan kod pemakaian dan tatacara penampilan, serta ditanya adakah saya akan menggunting rambut saya.”

Menurut Raz walaupun menolak tawaran kerja syarikat antarabangsa tersebut, beliau diminta mempertimbangkan balik keputusannya oleh wakil syarikat itu dengan syarat rambut ikal mayangnya tetap perlu dipotong pendek.

Raz juga dilaporkan mempersoalkan jika staf wanita di restoran itu bebas dibiarkan bergaya dengan berambut panjang semasa kerja tanpa perlu diikat rapi, kenapakah individu lembut seperti dirinya dilayan amat berbeza?

Beliau membawa isunya ke Suhakam dengan harapan supaya syarikat yang beroperasi di negara ini akan mengubah polisi pelantikan staf serta sebarang bentuk diskriminasi sama ada berasaskan agama, jantina, bangsa dan lain-lain.

Mak nyah tersebut malah menyifatkan pada pandangan beliau bahawa arahan kod penampilan diri yang berbeza sedemikian rupa hanya kerana karakter trasngender sebagai tidak berperlembagaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Pondan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Separuh Bogel, Lelaki Pondan Ditahan

30/05/2022
0

SHAH ALAM : Seorang instafamous yang menjadi penganjur majlis hari raya dengan membuat pembakaran bunga api di i-City di sini...

Pejabat Mufti WP Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

03/03/2021
0

PUTRAJAYA - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan kontroversi dua selebriti membabitkan status gender dan agama. Mufti Wilayah Persekutuan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd