• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pekerja Ladang Disyaki Bunuh Adik Ipar

oleh AK-47
03/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Polis hari ini menahan seorang lelaki warga Indonesia yang diburu selepas disyaki membunuh adik ipar dalam satu pergaduhan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Pahu Sungai Lokan, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi ketika bersembunyi di Perumahan Pertubuhan Peladang Negeri Sabah Sungai Lokan.

Lelaki itu ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, dalam kejadian semalam, kira-kita jam 4.30 petang, lelaki berkenaan menetak hingga menyebabkan kematian seorang lelaki juga warga Indonesia berusia 40 tahun di rumah pekerja ladang kelapa sawit Kampung Pahu Sungai Lokan.

Katanya, siasatan awal polis mendapati, pergaduhan terjadi selepas mangsa yang dipercayai terlibat kegiatan penjualan syabu di kawasan itu telah mencabar dan mengajak abang iparnya itu untuk bergaduh.

Beliau berkata lelaki itu mulanya enggan dan cuba untuk mengelak dari bergaduh tetapi mangsa telah bertindak menikam lehernya menggunakan sebilah pisau.

Sivanathan berkata lelaki itu yang cedera di leher kemudiannya telah mengejar mangsa dengan membawa sebilah parang dan ketika berada di kawasan ladang kelapa sawit dia berjaya mengejar mangsa lalu menetaknya beberapa kali.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kedua-dua pergelangan tangan, muka dan kepala, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Beluran akibat mengalami banyak pendarahan.

Beliau berkata parang yang digunakan dalam kejadian itu berjaya ditemui di rumah suspek itu. – BERNAMA

Tags: Supt V. Sivanathan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd