• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Tumpas Geng Curi Motosikal Tiga Negeri

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka berjaya menumpaskan dua geng curi motosikal yang aktif melakukan jenayah berkenaan di negeri ini, Pahang dan Kedah dengan penahanan sembilan lelaki dan seorang wanita.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata geng yang dikenali sebagai ‘Geng Firdaus Bachang’, aktif di negeri ini dan Pahang, serta ‘Geng Ah Seng Paya Mengkuang’, aktif di negeri ini dan Kedah, dikesan aktif melakukan jenayah curi motosikal sejak akhir tahun lepas.

Beliau berkata tangkapan melibatkan lapan ahli ‘Geng Firdaus Bachang’ yang dianggotai tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 30 tahun di sekitar negeri itu dan Bentong Pahang antara 12 Mac hingga 9 April lepas.

“Tangkapan pertama ‘Geng Firdaus Bachang’ melibatkan dua lelaki termasuk ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Firdaus dan berasal dari Bachang (di sini) berusia 25 tahun pada 12 Mac kira-kira 4.45 petang.

“Susulan tangkapan berkenaan enam lagi anggota kumpulan itu terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita ditahan secara berasingan di sekitar daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah bermula 12 Mac hingga 9 April lepas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Jalil berkata ketua geng berkenaan baru dibebaskan dari Penjara Sungai Udang pada 24 Dis tahun lepas atas kesalahan mencuri motosikal selain mempunyai empat rekod lampau masing-masing dua kes curi motosikal dan dadah.

Beliau berkata tiga motosikal, enam rangka motosikal, satu enjin motosikal dan sebuah kereta dipercayai hasil jenayah curi yang dilakukan dirampas daripada anggota kumpulan tersebut dan pihaknya percaya 23 kes motosikal termasuk yang dicuri dari Bentong, Pahang dapat diselesaikan.

Katanya pihaknya sedang mengesan dua lagi anggota kumpulan tersebut termasuk seorang lelaki berusia 27 tahun , yang beralamat terakhir di Pokok Mangga. di sini.

Sementara itu, beliau berkata dua anggota ‘Geng Ah Seng Paya Mengkuang’ termasuk ketua kumpulannya dikenali sebagai Ah Seng dari Paya Mengkuang, Masjid Tanah yang berusia 32 tahun ditahan di Taman Paya Mengkuang pada 2.50 petang pada 29 Mac lepas.

Beliau berkata geng curi motosikal berkenaan aktif melakukan jenayah tersebut di sekitar daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Pendang, Kedah melibatkan 12 kes selain dipercayai turut terlibat dalam satu kes pecah rumah di Melaka.

“Sebanyak 11 motosikal dirampas daripada kumpulan berkenaan dan mereka dikesan menyembunyikan motosikal yang dicuri di kawasan ladang babi, ladang kelapa sawit dan kawasan industri di sekitar daerah Alor Gajah bagi mengelak dikesan pihak polis,” katanya.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, pihaknya sedang mengesan dua lagi lelaki anggota kumpulan berkenaan, masing-masing berusia 27 tahun yang beralamat terakhir di Taman Pahlawan, Sungai Udang dan berusia 31 tahun yang beralamat terakhir di Taman Sri Aman, Masjid Tanah.

Katanya dua kumpulan berkenaan mencuri motosikal untuk dileraikan sebelum menjualnya kepada pihak tertentu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti pihak terlibat untuk membantu siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: Curi Motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecurian Motosikal Antara Jenayah Paling Tinggi Di Iskandar Puteri

30/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Kecurian motosikal dilaporkan antara kes jenayah paling tinggi direkodkan di kawasan Iskandar Puteri, sepanjang tempoh tahun ini....

Seorang Wanita Antara Tiga Geng Kojek Ditahan

07/12/2018
0

TAIPING - Polis menumpaskan kumpulan Geng Kojek dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita dalam dua serbuan di Kamunting di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd