RABAT – Polis Maghribi pada Selasa telah merampas sejumlah 241,319 pil ekstasi (dadah psikotropik) di utara Pelabuhan Tangier, lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut agensi berita rasmi Maghribi, Maghreb Arab Press (MAP), dadah psikotropik itu dirampas daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda (4-WD) yang tiba dari Eropah.
Kenyataan polis menyebut dua individu yang berada dalam kenderaan itu telah ditahan.
Operasi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan perkhidmatan keselamatan Maghribi dalam memerangi rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa. – BERNAMA