• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Tumpaskan ‘Geng Pok Chek’

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan menumpaskan ‘Geng Pok Chek’ yang disyaki terbabit dalam 20 kes jenayah termasuk samun dan ragut di empat daerah di negeri ini sejak awal Januari lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata kumpulan itu berjaya ditumpaskan selepas pihaknya menahan dua lelaki di Wakaf Bharu, Tumpat pada 6 April, membawa kepada tangkapan empat lelaki dan seorang wanita di sekitar Kota Bharu keesokannya (7 April).

“Setakat ini kumpulan itu disyaki terbabit dalam sembilan kes jenayah di Kota Bharu, Pasir Mas (lima), Tanah Merah (lima) dan Kuala Krai satu kes,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Din berkata modus operandi kumpulan yang dianggotai mereka yang berumur antara 31 dan 38 tahun itu ialah menyamun wanita khususnya warga emas yang berada di rumah keseorangan antara 10 hingga 11 pagi.

Polis turut merampas kereta, barang kemas, wang tunai dan dadah yang kesemuanya berjumlah RM200,000.

Dalam perkembangan lain, katanya polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah sebanyak 4,431 biji pil kuda, syabu dan ganja bernilai RM46,000 dalam operasi di Pasir Puteh, Pasir Mas dan Rantau Panjang pada Sabtu lepas. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd