• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Besut Tahan Dua Suspek Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah di dua lokasi berbeza semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata lelaki pertama berumur 34 tahun yang tidak bekerja itu ditangkap di rumahnya di Kampung Padang Lengkuas, Jertih hasil maklumat orang ramai pada 12.40 tengah hari.

“Suspek disyaki aktif mengedar dadah di kawasan Taman Johor Jaya, Johor dan mempunyai 14 rekod jenayah lampau.

“Ketika serbuan dilakukan di rumahnya, polis membuat pemeriksaan ke dalam bilik tidurnya dan menemukan sebuah beg berwarna hitam yang mengandungi pelbagai jenis dadah antaranya heroin, syabu dan pil yaba dipercayai untuk diedar kepada pelanggan di sekitar kawasan Jertih,” katanya kepada media di sini hari ini.

Katanya, hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif Methamphetamine dan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, polis menangkap seorang lagi lelaki berumur 34 tahun ketika cuba melarikan diri dengan pelbagai jenis dadah di Kampung Beting Lintang, Kampung Raja kira-kira 7.45 malam.

Mohd Zamri berkata bertindak atas maklumat orang ramai, enam anggota polis pergi ke lokasi dan ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri ke dalam semak apabila menyedari kehadiran polis.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap dan pemeriksaan ke atas beg pinggangnya menemukan pelbagai jenis dadah yang disimpan dalam tiub straw dan botol plastik kecil,” katanya.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. – BERNAMA

Tags: Edar Dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd