• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Panggil Penganjur Himpunan Haram Di Sogo

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil penganjur perhimpunan haram yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo di sini hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran berikutan tidak menepati syarat yang ditetapkan.

“Kami telah memanggil pihak penganjur untuk berbincang mengenai syarat perhimpunan namun mereka gagal mematuhinya. Mereka juga telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shaharuddin berkata polis akan membuka kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Katanya 200 anggota dan pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah dikerahkan bagi mengawal perhimpunan yang berlangsung dari pukul 2 petang dan berakhir kira-kira 4 petang.

Perhimpunan haram itu turut menjejaskan perniagaan di Kompleks Sogo dan beberapa kedai berhampiran yang terpaksa ditutup sementara bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Menurut juru jual di pusat beli belah itu yang mahu dikenali sebagai Amira, 24, pusat beli belah berkenaan ditutup kerana khuatir berlaku kekecohan susulan perhimpunan itu. – BERNAMA

Tags: perhimpunan haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perhimpunan Haram ‘Black Democracy’ Tiada Sambutan

30/06/2021
0

IPOH - Semua kawasan yang menjadi sasaran utama lokasi perhimpunan haram 'Black Democracy' sekitar negeri ini, hari ini, khususnya membabitkan...

Himpunan Haram Depan Sogo Cetus Kekecohan

01/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Perhimpunan haram yang dianjurkan Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac di pusat beli-belah Sogo di sini mencetuskan sedikit kekecohan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd