• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Singapura Bakal Umum Rombakan Kabinet Terbesar

oleh
21/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMBAKAN Kabinet Singapura akan datang bakal melibatkan semua kementerian, tetapi tidak semua menteri yang terjejas dengan usaha itu, menurut Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong.

Bercakap kepada wartawan dari Singapura pada akhir Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di London semalam, beliau turut mengesahkan bahawa rombakan Kabinet akan diumumkannya sekitar minggu depan.

Portfolio bagi beberapa menteri ujarnya, akan diubah meskipun mereka “akan terus berkhidmat di kementerian di mana memerlukan masa untuk membangunkan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang mereka mulakan”.

Hsien Loong sebelum ini ada membayangkan rombakan mungkin dilaksana setelah Parlimen berehat pertengahan penggal. Ia bertujuan untuk beri lebih banyak pendedahan dan tanggungjawab kepada menteri yang lebih muda.

Waktu rehat pertengahan penggal Parlimen, yang biasanya turut dikenali sebagai prorog, diumumkan oleh speaker pada 3 April lalu. Persidanga Parlimen republik tersebut hanya akan bersambung semula pada 7 Mei depan.

Pemimpin Singapura itu juga ada mengatakan sebelum ini bahawa beliau sudah meminta para menteri generasi keempat, yang dikenali sebagai pemimpin 4G, untuk melakarkan agenda Pemerintah bagi Ucapan Presiden.

Ia bakal disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob apabila sesi Parlimen dibuka semula. Apabila ditanya wartawan mengenai kepimpinan menteri 4G, Hsien Loong menyifatkan situasi tersebut sebagai satu “proses berterusan”.

Beliau sambil menarik perhatian bahawa dirinya dapat melihat para menteri muda ini saling bekerjasama antara satu sama lain bagi menghasilkan agenda tersebut, ucapan Presiden dan menangani masalah yang mungkin timbul.

“Saya rasa mereka sudah mula bekerjasama untuk menghasilkannya dan saya juga yakin bahawa mereka secara bertahap-tahap sudah mula memahami cara bagaimana setiap seorang daripada mereka menjalankan tugas.

“Juga siapakah yang mereka inginkan sebagai pemimpin masa depan Singapura,” kata Hsien Loong. Menurutnya. sepanjang sekitar 30 tahun, beliau begitu sibuk terlibat dalam menghasilkan draf bagi agenda pemerintah.

“Draf akan datang ini adalah sesuatu di mana penglibatan saya adalah paling kecil. Para menteri yang lebih muda ini juga sudah bekerja keras untuk lakar agenda ini dan hasilnya amat ketara,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lee Hsien LoongSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd