• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Najib Runtuhkan ‘Halangan’ Bangunkan Kelantan

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani untuk mengubah wajah Kelantan yang selama ini sering terpinggir daripada arus pembangunan negara atas kekangan geografi, sejarah dan politik.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan kerajaan untuk melaksanakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari ibu negara dan merentasi Pahang, Terengganu dan berakhir di Pengkalan Kubor, Tumpat di Kelantan antara tindakan berani yang dilihat berjaya ‘meruntuhkan’ tiga halangan utama itu dalam usaha membangunkan negeri berkenaan.

Annuar, yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata sebelum ini kedudukan geografi Kelantan yang dipisahkan Banjaran Titiwangsa, sering banjir dan jauh dari bandar besar antara punca arus pembangunan lambat sampai ke negeri itu.

“Ratusan tahun penjajah Siam mahupun Inggeris tak boleh nak runtuhkan halangan geografi ini,” ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor, sempena lawatan sehari Najib ke negeri itu, hari ini.

Manakala, dari segi sejarah, Kelantan sebagai sebuah negeri Melayu Tidak Bersekutu sering dipinggirkan oleh pihak British dan kerana halangan politik, negeri itu yang dikuasai pembangkang juga sering diketepikan daripada mengecapi nikmat pembangunan seperti negeri-negeri lain.

“Orang lain tak berani nak buat tapi beliau (Najib) ambil keputusan untuk ‘belah’ banjaran Titiwangsa nak buat ECRL.

“Najib jadikan realiti orang Terengganu yang tak pernah dapat ‘kete lipang’ (kereta api). ECRL ini akan merubah wajah pantai timur hasil air tangan Datuk Seri Najib,” katanya

Dalam pada itu, Annuar berkata rekod prestasi Najib dalam menguruskan parti adalah sangat baik dengan memberi peluang kepada parti komponen lebih terbuka dalam menyuarakan pandangan masing-masing.

Malah, sebagai perdana menteri, beliau berkata pengurusan negara, perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, pengurusan ekonomi serta perhubungan antarabangsa di bawah Najib bertambah baik berbanding dahulu.

Justeru, beliau menyeru pengundi di Ketereh agar berdiri teguh bersama Najib agar perkara tersebut dapat dikekalkan menerusi sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

30/06/2022
0

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd