KUALA LUMPUR – Planetarium Negara di sini akan ditutup pada 9 Mei ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Menurut kenyataan Planetarium Negara hari ini, ia akan dibuka semula kepada umum dari 9 pagi hingga 4.30 petang pada 10 Mei ini.
Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-22734303 atau melayari laman sesawang www.planetariumnegara.gov.my atau laman sosial Facebook/Twitter/Instagram: Planetarium Negara. – BERNAMA