• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Diminta Mohon Lesen Bangun Lapangan Minyak

oleh AK-47
14/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING — Kerajaan negeri Sarawak telah memaklumkan kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) supaya mendapatkan lesen jika mahu membangunkan lapangan minyak dan gas di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata syarikat terbabit atau mana-mana pihak perlu mematuhi syarat itu seperti yang termaktud dalam Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 dan peraturan tersebut dikenakan ke atas semua syarikat minyak dan gas yang mahu beroperasi di negeri ini.

“Mereka (Petronas Cari Gali Sdn Bhd, Sarawak Shell Bhd dan Sapura Exploration dan Production -Sarawak) mempunyai kontrak (perniagaan) antara mereka sebelum kita mengetahui kita ada hak ke atas pengeluaran minyak dan gas dalam Sarawak seperti termaktud dalam Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak,” katanya selepas menyaksikan maljis menandatangani perjanjian pengambilalihan 15 peratus ekuiti Shell Gas Holdings (Malaysia) Limited dalam Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Sapura Energy Bhd, mengatakan anak syarikatnya Sapura Exploration dan Production bersama Petronas Cari Gali dan Sarawak Shell akan membangunkan blok SK408, Gorek, Larak dan Bakong yang terletak di luar pantai Sarawak.

Sapura Energy berkata ia telah mengambil keputusan pelaburan akhir (FID) untuk membangunkan Fasa 1 Kontrak Perkongsian Pengeluaran SK408 susulan kelulusan pelan pembangunan lapangan daripada Petronas dan permeteraian perjanjian terma utama jualan gas.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata Petronas telah dimaklumkan menerusi surat rasmi agar mendapatkan lesen daripada kerajaan negeri untuk beroperasi secara sah.

Beliau berkata pematuhan ordinan itu penting kerana kerajaan negeri perlu mengawal selia industri minyak dan gas negeri. -BERNAMA

Tags: Abang Johari Tun Openg
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tidak Perlu Terburu-buru Bentuk Kabinet Negeri’

19/12/2021
0

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri. Malah,...

Jangan Takut Ambil Vaksin Covid-19 – Abang Johari

26/02/2021
0

PETRA JAYA - "Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin," itu kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd