• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perubahan Komposisi Kaum Bukan Fokus Utama SPR

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perubahan komposisi kaum dalam sesuatu bahagian pilihan raya bukan fokus utama dalam melaksanakan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Bahagian Persempadanan SPR, Mohd Shukur Khalid berkata sebaliknya, SPR memberi perhatian kepada elemen mengurangkan jurang bilangan pemilih, kemudahan urusan pentadbiran pilihan raya dan pendaftaran pemilih, pemeliharaan hubungan tempatan serta memberi ruang kepada wakil rakyat yang dilantik memberi perkhidmatan secara berkesan.

“Walaupun kesan urbanisasi berlaku sejak zaman awal kemerdekaan lagi, realitinya penempatan penduduk di kawasan bandar bergantung pada pendapatan mereka sendiri,” katanya ketika menjadi tetamu slot ‘1Malaysia Negaraku’ Bernama Radio, di sini, hari ini.

Menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa syor SPR menyebabkan polarisasi kaum, Mohd Shukur berkata realitinya, pelaksanaan kajian semula persempadanan yang melibatkan pemindahan Daerah Mengundi secara tidak langsung akan mengakibatkan perubahan komposisi kaum dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan perkara ini tidak boleh dielakkan.

Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Mac lepas dan menerima sokongan 129 anggota Parlimen berbanding 80 yang menolak.

Laporan kajian semula persempadanan itu mengesyorkan tiada pertambahan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), bermakna kerusi Parlimen dan DUN masing-masing kekal pada 222 dan 587.

SPR juga mengesyorkan perubahan nama pada 12 kawasan Parlimen serta 28 kawasan DUN di Semenanjung Malaysia, dan kali terakhir kajian semula persempadanan itu diadakan adalah pada 2003.

Usul tersebut diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu. – BERNAMA

Tags: Mohd Shukur KhalidSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd