• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Kerusi MCA-UMNO Atas Semangat Setiakawan

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pertukaran kerusi antara MCA dan UMNO untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU) ini diputuskan atas semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat juga dengan mengambil kira potensi calon dan parti untuk merampas semula kerusi itu daripada pembangkang.

Liow berkata demikian selepas mengesahkan MCA akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang dan sebagai ganti UMNO yang bertanding di kerusi tersebut pada PRU13 diberikan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang sebelumnya ditandingi MCA.

“Tukar kerusi biasa… yang paling penting kita ada petunjuk wakil dari parti mana ada potensi lebih besar untuk menang di kawasan itu.

“Kalau kita yakin bahawa UMNO boleh menang di sesuatu kawasan, kita boleh bincang berhubung pertukaran kerusi dan begitu juga jika sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Galeri Karak di sini, hari ini.

BN Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan calon UMNO Adnan Abu Seman, seorang peguam yang juga muka baharu akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak, kerusi yang sebelum itu adalah kuota MCA.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata beliau dan kepimpinan tertinggi BN yakin MCA mampu memberi cabaran kuat kepada PKR di kerusi Parlimen Ampang sejak dua PRU sebelum ini.

Kerja-kerja menarik sokongan pengundi kepada BN telah lama dilakukan, malah dengan bilangan pengundi Cina yang ramai, kita yakin akan mendapat sokongan lebih baik berbanding PRU yang lalu, katanya.

Terdahulu, Liow dalam ucapannya berkata Galeri Karak yang inisiatif penubuhannya digerakkan komuniti setempat bakal menjadi tarikan baharu ke daerah itu melalui pameran lukisan, aktiviti seni dan kebudayaan yang dijalankan, sekaligus mewujudkan persekitaran kondusif yang memberi manfaat kepada banyak pihak.

Beliau berkata walaupun kewujudan galeri yang beroperasi di tingkat atas bangunan dua tingkat Pasar Awam Karak itu digerakkan masyarakat umum dan badan-badan kebudayaan tempatan tetapi pembangunannya turut dibantu kerajaan melalui Majlis Daerah Karak dan Balai Seni Visual Negara (BSVN).

“Malah saya selaku (penyandang) wakil rakyat Bentong turut berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang akhirnya bersetuju memperuntukkan RM20,000 bagi tujuan menceriakan galeri dan pasar awam ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UNIKL BMI Sedia Urus Jenazah Imam Palestin Di Malaysia

Next Post

Pengundi Pokok Sena Perlu Keluar Daripada ‘Gerhana’

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

Next Post

Pengundi Pokok Sena Perlu Keluar Daripada 'Gerhana'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd