Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

BlackBerry Porsche Design P’9983,...

Dalam arena peranti pintar, dunia nampaknya sedang menumpukan perhatian kepada pelancaran iPhone 6...

Bekas Adun Bukit Panau...

KOTA BHARU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau, Yusof Mat...

PRU15: PBM Bakal Tanding...

KUALA LUMPUR : Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengumumkan senarai penuh calonnya...

Sah Jadi Isteri lelaki...

TAHNIAH diucapkan pelakon dan model terkenal, Kavita Kaur Sidhu yang telah selamat bergelar...

Persidangan Dewan Negara Ditangguh

KUALA LUMPUR – Mesyuarat pertama Dewan Negara bagi penggal keenam, Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 26 Mac lepas ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran ketika mengumumkan penangguhan persidangan tersebut bagaimanapun meminta anggota Dewan Negara supaya tidak sesekali berhenti daripada terus menabur jasa kepada negara.

Mesyuarat itu mungkin menjadi yang terakhir untuk penggal Parlimen ke-13 yang tamat pada 24 Jun. Parlimen dijangka dibubarkan dalam masa terdekat untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan.

“Kita berada di ambang PRU14 di mana kematangan sistem demokrasi teruji semula di negara kita, pilihan raya membawa makna yang istimewa di Parlimen kita kerana ia merupakan tonggak utama pemerintahan berdemokrasi.

“Sehubungan itu, ingin saya menyeru kepada Yang Berhormat untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pilihan raya ini untuk sama-sama menyuburkan sistem demokrasi di negara ini,” katanya.

Vigneswaran berkata persidangan Dewan Negara kali ini mempunyai sedikit kelainan kerana ia berlangsung secara serentak dengan persidangan Dewan Rakyat setelah bersidang secara berasingan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya berasa amat bersyukur kerana dapat membahaskan titah diraja dan meluluskan beberapa Rang Undang-Undang dalam masa yang singkat,” katanya.


“Kepada semua ahli Dewan (Negara) yang belum tamat perkhidmatan, kita akan bertemu kembali selepas PRU kelak,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota Dewan Negara termasuk mereka yang akan menamatkan perkhidmatan mereka sebagai Senator dalam waktu terdekat.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan yang diperlihatkan oleh semua yang telah menjayakan sesi persidangan kali ini,” katanya sebelum menangguhkan mesyuarat berkenaan pada kira-kira 5.30 petang ini.

Persidangan Dewan Negara kali ini juga telah meluluskan lapan Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Pergigian 2017, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018, Rang Undang-Undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018, Rang Undang-Undang Timbang Tara (Pindaan) (No.2) 2018, Rang Undang-Undang Had Masa (Pindaan) 2018 dan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018. – BERNAMA

Kategori