Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Kantoi Curang, Isteri Gaduh...

SEORANG suami yang dimasukkan ke dalam wad mendapat pengajaran cukup memalukan apabila isteri...

Penyiasat Antarabangsa Umum Penemuan...

THE HAGUE: Penyiasat antarabangsa yang menyiasat insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014...

Mahathir Nafi Siti Aisyah...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan pembebasan warga Indonesia, Siti Aisyah...

Negeri Sembilan Umum Pemberian...

SEREMBAN - Pemberian khas sebanyak RM500 kepada lebih 6,000 kakitangan awam di Negeri...

Perodua Bekalkan Alat Ganti Untuk Model Myvi Lama

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan terus mengeluarkan alat ganti bagi model Myvi yang lama melalui barisan pengeluaran alat ganti baharunya di Tanjung Malim, Perak.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata barisan pengeluaran itu akan dikendalikan oleh vendor Perodua, IQM Sdn Bhd di Proton City, yang akan menghasilkan komponen badan seperti penutup enjin, pintu, dapra, panel sesiku dan bumbung.

“Untuk keselamatan, keselesaan dan ketenangan fikiran pelanggan-pelanggan kami, kami memberikan komitmen bagi terus mengeluarkan komponen berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan untuk kenderaan Perodua mereka,” katanya.

Selain daripada generasi kedua kereta Myvi dan Viva, komponen-komponen tulen generasi pertama Myvi, Kelisa dan juga Kancil akan terus dihasilkan oleh vendor Malaysia, katanya.

“Perodua dan IQM telah membina hubungan yang kukuh sejak beberapa tahun lepas, berdasarkan kepercayaan, kualiti dan kesetiaan kepada pelanggan kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori