• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyeludup Ketum Pilih Negeri Pantai Timur

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Taktik penyeludup mengubah modus operandi untuk menyeludup daun ketum ke negara jiran dengan menggunakan negeri di Pantai Timur sebagai lokasi transit, gagal apabila Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kedah merampas 760 kilogram daun ketum bernilai hampir RM40,000 di Sik semalam.

Komander AKSEM Kedah, Abdul Latif Abd Rahman berkata, sumber risikan mendapati sindiket terbabit berkemungkinan tahu bahawa ketika ini agak sukar untuk mereka melakukan aktiviti penyeludupan melalui sempadan utara tanah air.

“Sebab itu mereka menjadikan negeri-negeri di Pantai Timur sebagai lokasi transit sebelum menyeludup ke negara jiran, kerana di sini (utara Semenanjung) laluan agak sukar, kalau di sana (Pantai Timur) peluang tinggi sebab ada laluan lain seperti sungai,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di pejabat AKSEM di sini, Abdul Latif berkata dalam serbuan pada pukul 10.15 malam itu, anggotanya menemui 750 kilogram daun ketum yang disorok di bawah sebuah bangsal manakala selebihnya di dalam kenderaan jenis Nissan Vanette.

Kesemua daun ketum terbabit dibungkus berasingan di dalam satu plastik putih yang setiap satunya berisi 100 helai daun ketum.

“Harganya mampu mencecah RM100 sekilogram di negara jiran,” katanya.

Selain ‘beroperasi’ pada waktu malam, penanaman pokok ketum juga dilakukan secara tersorok di dalam kawasan ladang getah yang jauh dari kediaman penduduk bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Abdul Latif berkata tiada tangkapan dibuat kerana pelaku mungkin sudah tahu kehadiran pihak berkuasa serta percaya aktiviti haram terbabit dilakukan oleh pihak ketiga dan bukannya pemilik kebun terbabit.

Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sik untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Daun Ketumseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd