• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Cina Mahu Dr Subramaniam Terus Kekal

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Masyarakat Cina di daerah ini mahu Datuk Seri Dr S. Subramaniam kekal mempertahankan kerusinya di Parlimen Segamat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ini kerana mereka tetap percaya dengan kebolehan dan kewibawaan Presiden MIC itu dalam meneruskan kesinambungan pembangunan di situ.

Rata-rata masyarakat Cina yang ditemui turut menyatakan kesediaan mereka untuk terus memilih dan mengundi pemimpin itu sebagai anggota Parlimen mereka.

Seorang penduduk di situ, Yong Hong berkata Dr Subramaniam bukan seorang pemimpin politik yang sekadar berjanji kosong tetapi banyak mengotakan janjinya kepada pengundi di sini dengan membawa banyak perubahan.

Ini termasuk dari segi pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial kepada bandar Segamat sepanjang mewakili Parlimen berkenaan selama tiga penggal.

Peniaga berusia 57 tahun itu berkata antara perubahan yang dilakukan oleh ahli politik berusia 65 tahun itu adalah menambah bilangan doktor pakar di Hospital Segamat sehingga membolehkan orang ramai mendapat khidmat kesihatan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Orang Segamat kini tidak perlu lagi ke Muar, Kuala Lumpur atau Johor Bahru untuk mendapat rawatan doktor pakar kerana semuanya telah disediakan di Hospital Segamat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Yong Hong berkata dia juga percaya dengan kebolehan Dr Subramaniam dan akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Harapannya agar kerajaan BN akan terus memberi tumpuan kepada projek pembangunan sektor pelancongan di Segamat kerana daerah tersebut berada pada kedudukan strategik dari segi geografi yang turut menghubungkan dua ibu negeri iaitu Singapura dan Kuala Lumpur.

“Sekarang ini kebanyakan pelancong khususnya dari Singapura yang singgah di Segamat mengadu tentang kekurangan tempat tarikan pelancong di sini menyebabkan mereka hanya menjadikan Segamat sebagai tempat rehat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Turut berkongsi pendapat sama, Ng Siok Kian, menyifatkan Dr Subramaniam sebagai pemimpin politik yang mesra rakyat.

“Beliau (Dr Subramaniam) tidak pernah lupakan rakyat Segamat walaupun sibuk dengan urusan rasmi sebagai seorang menteri, boleh dikatakan setiap minggu beliau akan turun padang berkongsi masalah dengan penduduk Segamat,” kata wanita berusia 58 tahun itu.

Pemilik kedai jahit itu berkata dia akan terus memberi sokongan kepada calon BN kerana tidak ingin melihat Parlimen Segamat jatuh ke tangan pembangkang yang hanya pandai menabur janji manis kepada rakyat.

Sementara itu, bekas guru, Lee Yim berkata beliau juga akan tetap memberi kepercayaan kepada Dr Subramaniam pada PRU14.

“Pemimpin lain belum tentu dapat lakukan apa yang telah dibuat oleh Dr Subramaniam sepanjang menyandang tiga penggal kerusi Parlimen Segamat,” katanya.

Dia juga berharap agar kerajaan BN akan memberi lebih banyak tumpuan kepada masyarakat Cina berbanding sebelum ini kerana kebanyakan anak muda keturunan Cina tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.

“Sebagai orang lama yang terus setia dengan BN dan MCA, saya faham bahawa kerajaan tidak pernah lupakan bangsa Cina, namun pandangan berbeza dilihat pada kaca mata anak muda yang mendakwa bahawa kerajaan kurang prihatin dengan kaum Cina,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniampengundi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Johor Lancar Manifesto PRU14 Esok

Next Post

Doktor Bunuh Wanita Ketika Seks Oral

Related Posts

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan sedikit peralihan pengundi, namun keputusan masih dipengaruhi oleh jumlah pengundi...

Next Post

Doktor Bunuh Wanita Ketika Seks Oral

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd