• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Tak Mengaku Rompak Kedai Serbaneka

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak kedai serbaneka KK Mart sehingga menyebabkan kecederaan kepada juruwang kedai itu, Mac lepas.

Muhammad Zuhaili Yahya, 30, didakwa telah melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Ataul Karim Ashik, 23, warga Bangladesh, di KK Mart, Jalan Duta Mas, Jalan Seroja 3, Taman Segambut, Sentul, di sini pada 1.10 pagi, 30 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal tidak menawarkan wang jaminan atas alasan kesalahan di bawah seksyen itu adalah serius manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan namun abangnya yang hadir sebagai penjamin memohon jaminan dikurangkan kerana dia (abang) penanggung utama keluarga.

Hakim Dr Gan Chee Keong membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan empat syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran kediaman setiap dua minggu sekali, hadir tepat jam 9 pagi setiap kali sebutan kesnya di mahkamah, dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu berkelakuan baik sehingga kesnya selesai.

Mahkamah menetapkan 26 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: PenganggurRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd