• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Felda Akan Terus Bersama BN – Mohamad

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yakin pengundi-pengundi di Felda akan terus bersama parti itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan insentif untuk penduduk di Felda selain memastikan pelbagai isu yang timbul diselesaikan dengan baik.

“Saya yakin bahawa peserta Felda masih lagi bersama kerajaan walaupun ramai yang mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan keyakinan Felda kepada BN.

“Tambahan pula Najib telah mengumumkan beberapa pakej yang amat dekat di hati peneroka Felda seperti bonus tahunan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Mengulas perkembangan berkaitan, Mohamad berkata rumah generasi kedua Felda di Felda Pasoh dan Felda Pasir Besar akan diserahkan kepada pemiliknya dalam masa terdekat.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa Felda bagi memastikan projek-projek perumahan generasi kedua Felda di negeri itu dapat disegerakan.

“Kerajaan negeri juga telah memberi kebenaran untuk anak-anak peneroka Felda membina rumah di sebelah tapak rumah ibu bapa mereka.

“Sebelum ini mereka tidak boleh bina rumah di tapak yang sama dengan ibu bapa mereka dan ini saya yakin dapat mengurangkan bebanan generasi kedua Felda untuk memiliki rumah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanPeneroka BN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd