• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penamaan Barisan Calon BN PRU14 Muktamad – Zahid

oleh Ahmad Albab
28/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Penamaan barisan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di seluruh negara kini sudah selesai dan muktamad, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sehubungan itu sebarang desakan atau permintaan bagi pertukaran calon tidak akan dilayan.

Jelas beliau, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memuktamadkan sepenuhnya nama-nama calon berkenaan dan watikah bagi semua calon juga telah ditandatangani dan diserahkan kepada bakal calon tersebut.

“Nama calon untuk kawasan Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) telah dimuktamadkan dan disahkan oleh Datuk Seri Najib sebagai pengerusi BN, maka semua pengerusi BN negeri seluruh negara telah umumkan calon berkenaan.

“Walapun ada desakan, kita tidak akan layan dan buat rombakan atau batalkan watikah yang diberi kerana senarai calon (DUN dan Parlimen) BN telah kita muktamadkan 100 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di Water Front Bagan Datuk di sini, hari ini.

Turut hadir calon BN bagi DUN Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin..

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata apa yang penting ketika ini semua calon yang terpilih perlu bekerja keras turun ke akar umbi bagi memastikan BN menang di kawasan yang akan mereka wakili.

Sementara itu ketika diminta mengulas tentang kemungkinan terdapat anggota BN yang akan bertanding atas tiket Bebas pada hari penamaan calon esok berikutan tidak puas hati kerana tidak dicalonkan, Ahmad Zahid berkata, individu itu secara automatik akan terkeluar daripada BN.

Beliau menjelaskan sudah menjadi satu kelaziman dalam mana-mana parti politik akan berlaku ketidakpuasan hati dengan senarai calon, namun perkara itu sepatutnya dihadapi dengan hati terbuka dan berlapang dada.

“Kita (BN) memilih (calon) yang terbaik daripada mereka yang baik-baik… jadi mereka yang mahu jadi calon Bebas ini tidak kira dari parti komponen atau UMNO sendiri harus ketahui dalam perlembagaan dan peraturan parti menetapkan secara automatik akan terkeluar daripada hak keahlian apabila mereka bertindak menjadi calon Bebas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd