• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penagih Korek Mata, Kerat Lidah Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dibunuh kejam apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mata dikorek, lidah dipotong dan badan penuh dengan kesan hirisan.

Serangan itu berlaku pada 2 April lalu tetapi ia baru dilaporkan media, baru-baru ini, sekali gus mengejutkan India yang sebelum ini gempar dengan peningkatan beberapa kes rogol dan bunuh.

Purshotam Kumar diculik dari rumahnya di flat kos rendah di Delhi sebelum mayatnya ditemui dicampak di tempat pembuangan sampah.

Mayat Kumar ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila matanya dicungkil, lidahnya dipotong dan badannya penuh dengan kesan luka.

Penagih dadah dan kaki botol, Sandeep Singh, 21, yang tinggal berhampiran rumah mangsa ditangkap polis serta mengaku membunuhnya.

Ibu Kumar, Puja Devi, 25, berkata, anaknya hilang ketika dia memasak di rumah dan beberapa jiran melihat suspek berjalan bersama mangsa.

Katanya, dia dan suami terus membuat laporan ke balai polis tetapi anggota polis yang bertugas tidak melakukan apa-apa sebaliknya menyuruh mereka mencari sendiri suspek.

Puja kini mendesak keadilan ditegakkan dan pihak polis bertindak lebih tegas bagi melindungi kanak-kanak serta wanita di negara itu.

“Bila anak-anak kami akan selamat? Saya mahu dia digantung. Dia membunuh anak saya. Saya tidak mahu dia melakukan perkara sama kepada anak orang lain,” jelasnya. – Daily Mail/myMetro Online

Tags: kanak-kanakPenagih Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd