• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Kesal Individu Tak Terima Pandangan TMJ

oleh AK-47
09/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor kesal dengan reaksi segelintir individu yang tidak boleh menerima nasihat dan pandangan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketuanya Hahasrin Hashim berkata pandangan yang diberikan Tunku Ismail itu adalah nasihat pemimpin yang semestinya arif akan soal keperluan dan kehendak rakyat.

“Adalah sudah menjadi kelaziman bagi bangsa Johor, kelantangan istana menyuarakan pendapat mengenai kondisi terbaik buat negerinya.

“Resmi Bangsa Johor adalah hormat dan taat rakyatnya terhadap institusi beraja dan melihat perkara terbaik buat negeri ini secara bersama kerana raja dan rakyatnya berpisah tiada,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini hari ini.

Terdahulu, pandangan yang disuarakan Tunku Ismail itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang menganggapnya sebagai mencampuri urusan politik negara.

Hahasrin berkata pihaknya menjunjung kasih dan menyambut baik titah Tunku Ismail serta sentiasa berdiri teguh di belakang panji kepimpinan Tunku Ismail sebagai sebuah simbol raja dan negeri berdaulat.

Beliau berkata Bangsa Johor yang matang adalah bangsa yang merdeka mindanya dan jangan sesekali melunturkan hormat kepada institusi beraja hanya kerana fahaman dan ideologi berbeza.

“Janganlah pula diheret emosi kerana terikut rentak dan watak memberontak sehingga boleh melunturkan kemuafakatan yang telah lama bertapak di negeri ini. Terimalah pendapat dengan berlapang dada,” katanya.

Hahasrin berkata sebelum ini, Tunku Ismail juga pernah mengkritik kepimpinannya dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi kami menerima teguran dan pandangan tersebut dengan hati terbuka, memperbaiki diri serta terus berjuang mempertahankan negeri dan bangsa kami.

“Sangat pelik apabila pihak pembangkang melenting dengan apa yang Tunku Mahkota Johor sampaikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pemuda UMNO Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Berbohong – Pemuda UMNO Johor

01/02/2020
0

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO Johor menyelar kenyataan biadab Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung dakwaan...

Pemimpin UMNO Perlu Tinggalkan 3 Perkara

10/06/2018
0

KULAI - Para pemimpin UMNO digesa agar meninggalkan tiga perkara penting sekiranya mereka benar-benar mahu melakukan perubahan kepada parti keramat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd