• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin BN Tidak Amal Politik Kekerasan – Zambry

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan pendekatan berkempen secara berhemah dalam mendekati rakyat di Perak, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata pendekatan itu jauh berbeza dengan pembangkang yang mengamalkan politik kekerasan seperti memaki hamun, mengaibkan, menuduh dan memfitnah semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Zambry yang juga Menteri Besar berkata beliau yakin dengan penilaian rakyat mengikut pandangan yang rasional dalam memilih wakil rakyat untuk kawasan mereka bagi meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Saya dan rakan-rakan dalam BN tidak mengamalkan pendekatan politik yang keras seperti memaki hamun atau membuat pembohongan tetapi lebih berhemah dalam pendekatan berkempen.

“Kami juga yakin dengan kerja-kerja (melaksanakan pembangunan dan program untuk meningkatkan ekonomi rakyat) secara sistematik dan strategik yang telah dilaksanakan oleh kesemua calon BN di negeri ini,” katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Sistem Perparitan di Kampung Bahagia di sini hari ini.

Projek yang siap sepenuhnya pada April lalu membabitkan kos sebanyak RM1.16 juta dapat memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kampung Bahagia setiap kali berlakunya musim tengkujuh akibat masalah longkang dan sistem perparitan yang tidak teratur.

Dalam pada itu, Zambry yakin BN dapat mengekalkan kerusi Parlimen Teluk Intan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong serta merampas kembali kerusi DUN Pasir Bedamar pada PRU14.

Katanya ini kerana kesemua calon BN di Parlimen Teluk Intan merupakan anak tempatan dan sentiasa berkhidmat kepada rakyat setiap masa berbanding pembangkang yang hanya memunculkan diri semasa musim pilihan raya sahaja.

“Datuk Seri Mah Siew Keong (calon Parlimen) sentiasa berada di lapangan bersama rakyat di mana-mana sahaja, begitu juga dengan kedua-dua calon DUN di kawasan ini yang lebih mengambil peduli mengenai isu-isu atau masalah setempat dan saya yakin rakyat akan membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon BN sebagai wakil rakyat di sini,” katanya.

Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada PRU14 apabila Mah yang juga Presiden Gerakan berdepan calon DAP yang merupakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan calon PAS Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.

Sementara itu, Kerusi DUN Pasir Berdamar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Kong Sun Chin, Terence Naidu Raja Naidu (PKR-DAP) dan calon PAS, Kumaresan manakala kerusi DUN Changkat Jong, calon BN yang juga penyandang, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, berhadapan calon PKR Muhammad Faizul Mohamed Ismail, serta calon PAS Mohd Azhar Mohd Rafiei, juga dalam pertandingan tiga penjuru. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd