• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Tak Perlu Dipertikai Geran Komunal

oleh AK-47
27/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Pemberian tanah kira-kira 200,000 ekar kepada penduduk negeri ini menerusi Geran Komunal merupakan pendekatan terbaik diambil kerajaan negeri Sabah bagi memastikan penduduk memiliki tanah mereka sendiri.

Justeru, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata pemberian tanah kepada penduduk negeri ini menerusi geran komunal tidak harus dipertikaikan oleh parti pembangkang.

Katanya parti pembangkang tidak faham pelaksanaan geran komunal yang sebenarnya pendekatan berkesan untuk memastikan penduduk negeri ini memilki tanah.

Menurutnya menerusi geran komunal, tanah yang diberikan kepada penduduk kampung akan diwarisi generasi ke generasi kerana ianya tidak boleh dijual.

“Saya sedar bahawa pemimpin parti pembangkang mempertikai pemberian geran komunal khas untuk rakyat memiliki tanah.

“Mereka (parti pembangkang) tidak faham dan fikir ia dilaksanakan untuk main-main sahaja,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Bina Negara (RBN) di Kampung Suan Lamba dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Felcra Berhad Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Jazuli W. Sunarto.

Pembinaan 120 buah RBN menerusi usahasama Felcra Berhad dengan LKTNS yang akan dimulakan pada tahun ini.

Rumah tersebut dibina dengan kos RM120,000 dan dijual dengan harga RM75,000.

Musa berkata pelaksanaan geran komunal itu merupakan pendekatan terbaik dan mendapat pujian daripada pihak luar atas keberkesanan memastikan penduduk negeri ini khususnya yang tiada tanah dapat memiliki tanah di kawasan mereka.

Beliau berkata pemberian tanah itu kepada penduduk negeri ini turut melibatkan tanah dalam kawasan Hutan Simpan.

“Ini cara kita sentiasa cari kaedah terbaik untuk membantu rakyat. Kerajaan negeri dan persekutuan diterajui Barisan Nasional ada pemimpin yang prihatin dan bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya Musa. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

639 Calon SPM Ikuti Tuisyen Percuma Anjuran PTPTN

Next Post

Jangan Tohmah Saya Antianak Kelantan – Sharkar

Related Posts

Musa Tidak Didakwa Pada 2012 Kerana Kes Dana Politik

09/11/2018
0

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada...

Musa Aman Akan Cabar Keputusan Mahkamah

07/11/2018
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan merayu terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini...

Next Post

Jangan Tohmah Saya Antianak Kelantan - Sharkar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd