Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

AL-FATIHAH: Isteri KPN Meninggal...

KUALA LUMPUR- Puan Sri Azizah Hamdi iaitu isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri...

Mangsa Amukan Suami Di...

HULU TERENGGANU - Mangsa amukan suami sendiri kini dilaporkan stabil dan masih menerima...

Demi Sesuap Nasi, Lelaki...

Kita hanya biasa melihat madu di dalam botol, yang dijual di pasar-pasar tani,...

Najib Balas Tweet Pelajar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melahirkan rasa syukur...

Pembangkang Mahu Menang Kerusi, Bukan Untuk Rakyat

PUTRAJAYA – Sikap segelintir pemimpin pembangkang yang sering berpindah kawasan setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) menunjukkan niat mereka yang semata-mata mahu memenangi kerusi dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sikap seumpama itu haruslah dipertimbangkan rakyat kerana ia menjadi bukti bahawa pembangkang bukanlah kumpulan terbaik untuk diberi kepercayaan menjaga sesebuah kawasan berkenaan.

“Saya difahamkan, banyak wakil rakyat pembangkang yang hanya melawat kawasan tiga atau empat kali dalam masa lima tahun. Dia tidak ada satu ikatan dengan penduduk di situ dan boleh tinggalkan mereka bila-bila masa sahaja untuk pergi ke tempat lain.

“Dalam politik moden, rakyat sesuatu kawasan itu patut menilai wakil rakyat sebagai orang mempunyai hati dengan tempat dan masyarakat di situ, baru boleh jadi wakil rakyat yang efektif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Sebab itu saya percaya mereka yang suka berpindah kerusi ini bukanlah golongan terbaik untuk diberi kepercayaan,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pentadbiran Am Penyeliaan Kuantiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Republik Rakyat China (AQSIQ), Chen Gang.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata beliau bersedia menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan di kawasan Parlimen Kemaman berikutan rasa tidak puas hati beberapa pihak terhadap percalonan Datuk Mohamed Awang Tera sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai.

Ahmad Shabery berkata beliau akan mencari kaedah dan jalan terbaik bagi mendamaikan semua pihak yang berbalah bagi memastikan kemenangan BN di kawasan berkenaan.

“Saya rasa ini akan berakhir selepas sahaja penamaan calon, kerana saya percaya penyokong akan menerima keputusan dan akan bekerjasama untuk pastikan calon BN yang dipilih menang.


“Bagi mendapat undi kita perlu merendah diri…mesti bersedia untuk mengalah, kerana akhirnya orang melihat keupayaan kita merendah diri itu pada masa sekarang, itulah sikap kita untuk masa akan datang.

“Cerita tidak puas hati dengan calon yang diletakkan ini bukan sahaja berlaku di Kemaman tetapi juga di tempat lain termasuk dalam parti pembangkang,” katanya.

Beliau diminta mengulas ketidakpuasan hati bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said terhadap percalonan Mohamed kerana didakwa mensabotaj parti pada PRU lepas.

Mengulas mengenai pencalonan Ahmad yang akan mempertahankan DUN Kijal, Ahmad Shabery berkata bekas Menteri Besar Terengganu itu adalah pemimpin yang diterima majoriti rakyat di kawasan berkenaan serta diyakini pucuk pimpinan mampu memberi kemenangan kepada BN. – BERNAMA

Kategori