Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

4 Lebuh Raya Gamuda...

KUALA LUMPUR - Butiran terperinci membabitkan cadangan pengambilalihan lebuh raya akan diputuskan kemudian,...

Mangsa Banjir Di Sarawak...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Sarawak...

BNM Dijangka Lancar Kad...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka melancarkan kad skor Pengantaraan Berasaskan...

Wajibkan Elaun Pelajar Praktikal...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan elaun minimum untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang...

Pembangkang Dengan Helah Lama Mereka – Salleh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyelar pembangkang kerana mendakwa penipuan akan berlaku semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Merujuk kepada pililhan raya umum 2013 (PRU13), Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata pembangkang tahu mereka akan kalah dalam pilihan raya itu, “jadi sebelum pilihan raya mereka ‘meramalkan’ mereka akan kalah akibat penipuan dan selepas pilihan raya mereka membuat pelbagai dakwaan tipu untuk menjelaskan mengapa mereka kalah.

“Sekarang mereka lakukan sekali lagi,” katanya, sambil menuding kepada bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat dakwaan itu dalam blognya hari ini.

Salleh, dalam blognya pula berkata jika gabungan pembangkang tewas dalam PRU14, mereka boleh ‘menutup malu’ dengan menyalahkan akibat perbuatan menipu.

Beliau mengambil perhataian bahawa sejurus sebelum PRU13, pemimpin Pakatan Rakyat menjelajah ke seluruh negara menyatakan Barisan Nasional akan menipu dalam pilihan raya.

“Selepas pilihan raya, mereka berkata lampu dipadamkan akibat bekalan terputus di tempat tertentu ketika undi sedang dikira, kotak undi tambahan dibawa masuk ke tempat tertentu, berpuluh ribu pengundi dibawa masuk dari Bangladesh dan sebagainya,” kata beliau.


Salleh berkata dakwaan itu kemudian terbukti palsu.

“Malahan Kedutaan Bangladesh menafikan yang berpuluh ribu warganya diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi, yang memerlukan lebih 100 buah pesawat sewa khas.

“Tempat-tempat yang mereka kata lampu dipadamkan mengesahkan bahawa tempat itu tidak mengalami keputusan bekalan, selain pekerja pembangkang di tempat-tempat yang mereka kata kotak tambahan dibawa masuk menafikan kejadian itu,” kata Salleh. – BERNAMA

Kategori