• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemasyhuran Sultanah Kedah Pada 30 April Ini

oleh AK-47
23/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Istiadat Pemasyhuran Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff akan dilangsungkan pada 30 April ini di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di sini.

Istiadat itu merupakan sebahagian daripada acara awal yang diatur sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah, yang dijangka berlangsung pada 22 Okt ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din berkata orang ramai boleh menyaksikan istiadat berkenaan melalui siaran langsung di saluran TV1 dan radio Kedah FM bermula 10.30 pagi.

“Warkah pemasyhuran berkenaan akan dibacakan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disusuli tembakan meriam sebanyak 21 das sebagai simbolik kepada istiadat tersebut,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sultanah Maliha, yang merupakan kerabat diraja Kelantan, mendirikan rumah tangga dengan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan dikurniakan dua putera iaitu Datuk Tengku Sarafudin Badlishah dan Datuk Tunku Shazuddin Ariff. -BERNAMA

Tags: Sultanah Maliha Tengku Ariff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd